Tuesday 10 March 2009

FAMILY CC

Celik ICT??? Ramai orang sudah mula celik ict hari ini. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendalami ilmu itu. Ummi selalu bercita-cita untuk membuka cc sendiri. Ummi nak jadikan cc family tu, 'Islamic CC'. Ummi ada sebuah rumah lagi. Selalu dok bincang dengan abah tentang idea tu. Rumah tu ada tiga bilik. Bilik pertama untuk CC Muslimin, Bilik kedua untuk CC Muslimah, Bilik Ketiga Zon photostat, binding dan suku sakatnyalah. CC Family ni ada peraturan yang perlu dipatuhi. Antara peraturannya, pengunjung mesti berpakaian kemas dan menutup aurat. Berdisiplin dan tidak mengganggu orang lain. Tingkat bawah pulak nak buat mini market. Tak nak jual barang runcit. Beras, tepung, gula, kicap sos, aneka bawang semua tak nak jual. Penat. Nak jual tit-bit je. CC family tu akan beroperasi mulai pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Bila ummi dah pencen nanti CC family masa operasinya akan berubah..
Haziq yang berat mulut dengan laptop abah. Payah ni nak bagi pinjam. Abah cukup cermat menjaga barang-barangnya. Katanya susah nak dapat. Mahal..
Auji gaya tersendiri. Laptop Apple ni orang lain semua tak suka..
Now anak-anak dah besar dan boleh mengurus diri sendiri. Kekadang terasa masa terluang sangat. Kalau ada CC family tu, anak-anak dapat membantu ummi. Now pun kalau weekend rumah dah jadi macam cc. Abah ada 2 laptop. Kat rumah ada 3 desktop. Ummi ada 1 laptop milik kerajaan. Kak Long dan Kak Chik masing-masing ada laptop sendiri. Jadi kalau semua bercuti, boleh online serentak. Kadang-kadang senyap sunyi dengan gaya masing-masing. Umi lebih suka anak berkumpul di family area dan search internet dari sana. Senang nak pantau. Wireless kat rumah ni hanya ummi dan abah sahaja yang tahu password nya. So kalau kami tak approve anak-anak tak boleh buat apa. Tetapi setakat ni, abah selalu memantau apa yang dilayari. Alhamdulillah tak pernah pulak jumpa yang pelik-pelik..
Ummi jarang membawa pulang laptop kerajaan tu. Malaslah, risikonya sangat banyak kalau hilang di rumah. Desktop abah di master bedroom hanya private untuk dia je. Privacy... Banyak fail-fail kerja dalam tu.. Tak siapa berani sentuh. Nahas kena berlebel.. Password pun tak ada orang tahu..
Desktop yang kat tangga ini selalunya Marsya yang punya
Desktop yang di penjuru dinding ini memang best. Laju dan ummi suka lepak kat sini.
Privacy sangat...
Mungkinkah ini cuma angan-angan mat jenin atau akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti ... Mungkin juga akan jadi realiti, ummi dan abah nak jaga CC tu lepas pencen nanti....

Insyaallah.

6 comments:

Anonymous said...

tmbh lagi satu pc ke kat umah? mane dpt plak yg tepi tangga tuh?ish3.mkn penuh la umah.huhu..

SpEkmATaKu said...

wah nnt klu dh bukak islamic cc ni
nk keje part time kt situ bleh hehe...xpon jd customer ttp hehe

kueh bakar said...

wahhh...semoge tercapai suatu masa nanti cikgu...

SoalHati said...

wah wah wah..si marsya pun ada ada pc sendiri nih! advance betul:)

Ummi, saya sokong sangat 'angan-angan' tu!

Pesanan erra fazira dalam cerita SOAL HATI, "Tanpa keberanian, mimpi takkan menjadi kenyataan"

one-areyou said...

kb - nak belajo dengan kueh bakar tentang ilmu berniaga.

kak ain - oh semangat sepupu ku... ahaks.

SoalHati said...

hehehe..aa lupa lak emran sepupu ummi... dok sabor nok tengok anok die :)