Monday 8 June 2009

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Zaman aku merasakan nikmat bercuti yang diatur kerajaan sudah berakhir. Aku kini bekerja time pejabat. Dengan berbekalkan cuti 35 hari setahun. aku perlu menyusunatur cuti-cuti aku sepanjang tahun. Minggu ni, aku membawa anak-anak ku ke Setiu untuk menemani aku di sana. Jadual telah aku susun selama 5 hari. Selepas waktu pejabat aku akan bawa anak-anak bercuti si sekitar bandar Kuala Terengganu, Merang, Penarek, dan Besut. Bukan apa, negeri terenganu kite ni pun belum habis lagi kami bersantai..

Ahad 31 Mei 2009 - Aku dan keluarga ke rumah, bapa saudaraku YM Engku Abu Bakar bin Engku Ngah kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan bongsunya, Engku Muhaini. Peluang terbuka luas untuk aku bertemu dengan sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa.
Isnin 1 Jun 2009 - Selepas pejabat aku bawa anak-anakku bersantai kat PanTai Batu Buruk. Beli layang-layang. Dan main layang-layang kat sana. Makan sate and lepak-lepak.
Selasa 2 Jun 2009 - Abah dan Ameer tiba dari Kerteh. Ke Pantai Merang dan Penarek, main layang-layang kat. Jadi perhatian ramai, kerana kat sana tak ada pun layang-layang dijual. Ramai pak cik yang tanya di mana kami beli.. Malam kami ke Besut, lepak-lepak rumah saudara terdekat, makan-makan, borak-borak, cerita-cerita..
Rabu 3 Jun 2009 - Satu keluarga ikut aku ke pejabat. Abah cuba membantu menyelenggara ICT sekolah. Sekolah tak jauh mana pun dari bandar Kuala Terengganu dan Permaisuri, tetapi masalah perhubungan ketara sangat. No line telefon, no internet, no fax machine, semua kemudahan ict tidak ada. Aku cukup takut virus putus hubungan ini akan lebih merebak kalau tidak dibendung. Dah habis cara aku usaha.. Makan Nasi Kerabu Special kat kantin sekolah.. Best.. Petang kami bertolak pulang ke Kerteh. Dalam perjalanan kami singgah di Stadium Sultan Mizan yang runtuh tu. Macam pesta pulak. Ramai sangat orang dan kereta berpusu masuk ingin menyaksikan realiti keruntuhan itu. Masing-masing berposing riang ria. Tambah riang ria lagi bila aku lihat ramai penjaja air, keropok, aneka celup tepung menjaja di situ. Aku sempat bertanya, " Menjual di sini ni kerana stadium runtuh ke, atau memang dan lama menjaja di sini". Dengan bangganya penjaja itu menjawab, "Stadium runtuh, tapi rezeki durian runtuh, kami boleh menjaja di sini. Lumayan juga dapat kak." Aku pun turut berbelanja, berposing dan menyibuk setanding pengunjung-pengunjung lain. Tak tercapai dek akal, kenapa stadium tu boleh ranap sebegitu. Dulu masa SUKMA aku sekeluarga bergumbira di majlis perasmian pembukaan dan penutupan majlis. Kalaulah ranap masa tu, Ya Allah, ramainya yang akan ranap sama, termasuklah aku sekeluarga..














Kami sempat singgah melawat Taman Tamaddun Islam. Dulu masa kami datang Monumen ni belum siap lagi. Kali ni dah ok. Bayaran RM 10.00 seorang, dapat paspot sebagai pas masuk. Abah dan Auji sewa basikal, tapi yang lain naik tram saja round seluruh kawasan tu. Harga tiket RM 10.00 x 5 orang =RM 50.00. Dapat FOC, kupon makan RM 3 x 5 orang = RM 15.00 + RM 3 Souvenir = RM 18.00. Jadi harga tiket cuma RM32.00 je lah.
Aku bangga melihat Taman Monuemen berada di Negeri Terengganu. Aku rasa kami je yang bercakap Terengganu. Yang lain semua cakap bandar, maksudnya orang luarlah yang datang melawat. Wahai orang Terengganu, marilah ramai-ramai pergi melawat TAMAN TAMADDUN ISLAM di Negeri Terengganu Kite.. Jangan sombong wehh.. Tak payah melawat jauh-jauh, membazir. Ekonomikan tengah meleset sekarang. Save money and Save energy.

Selepas maghrib kami bertolak pulang ke Kerteh. Sempat makan laksa, laksam, keropok best, dan air buah gelas bapok di Dungun.. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami tiba di Kerteh...

Minggu depan,aku cuti straight empat hari. Aku nak lepak kat rumah bersama family. Masak best-best...