Friday 21 November 2008

Cabaran Diri Hidup Berkeluarga


Hari ni hujan lebat sangat. Hari ni plak hari Jumaat. Jadi orang lelaki kena gi sembahyang jumaat, Kami orang pompuan dok umah je. Masak dan pandai-pandailah cari kerja lain. Oh aku terlupa rupa-rupanya muridku yang duduk di lorong sebelah nak kawin. Aku dah dapat kad jemputan seminggu lalu. Hai pening memikirkan cuaca macam ni. Nak kawin camana tak tau. Tetamu pun takut nak datang, nak pakai baju cantik, kasut tumit tinggi, nak pakai make up dan gelang banyak pun berfikir dua kali. Nanti basah dan tak glamour lagi. Baik duk umah, berselimut. Taklah tu pandangan je. Yang pasti cikgu lama ni kena pegi juga sebagai beri sokongan. Kan muridnya kawin.

Cerita pasal murid kawin ni, dah jadi perkara biasa bagi cikgu lama. Yang mana jemput dan ada kesempatan cikgu lama pegi lah. Tapi kalau clash masa dengan kerja lain, kirim salam je lah.
Cikgu lama nak cerita sikit. Hari tu masa cikgu lama gi pasar tani, jumpa tiga orang anak murid yang dah kawin. Ada yang berlenggang dan pegang tangan hubby dia. Mesra sangat. Yang sorang tu pulak dukung baby, comel sangat. Cikgu lama tegur juga, apalah baby ni kecik-kecik dah pergi pasar. Yang sorang lagi pula jalan lambat, dan nampak mengah. Biasalah bila murid jumpa guru, dia akan salam dan cium tangan. Tulah untung jadi guru. Yang ni plak jalan sambil dukung baby boy dan pimpin cute girl sorang. Katanya , "baru dua orang cikgu anak saya". Cikgu lama tanya, "mana abang"? Tu ada kat depan. Macam mana nak beli sayur dan ikan, dukung lagi pimpin lagi, abang pulak jauh ke depan. Cikgu lama rasa dia ni just nak jalan jalan je kat pasar tani. mana ada tempat lain lagi yang lebih istimewa pgi jumaat di oil town ni. Pasar tani jelah. Tapi now Mesra Mall dah buka, cuma Giant tu tak buka-buka lagi. sampai bila lah penantian rakyat oil town ni. Bukaklah cepat. Sayur dan ikan kat pasar tani ni mahal sangat. Berfikir dua kali nak beli. Cikgu lama mana boleh challenge 'orang oil' berbelanja. Gaji cikgu lama berapalah sangat..

Cikgu lama nak pesan pada murid-murid yang sudah kahwin, belum kahwin dan baru hendak kahwin. Cikgu lama ni dan berusia 45 tahun, tapi rasanya mantap lagi. Perasan sikit tak apa..

Pesanan cikgu lama :

1. Jaga personaliti walau di mana sahaja berada. Kalau tak pandai jaga personaliti nanti muka
nampak cepat tua. Biarpun nak gi pasar tani, kemas kemaskan lah diri tu, jangan nampak
macam bangun tidur sangat.

2. Sedarkan anak bahawa mereka mempunyai seorang ibu yang bekerja. Kebanyakan murid yang cikgu lama jumpa semua bekerja. Jadi jika rasa tidak perlu, usahlah bawa anak-anak ke tempat yang tidak sesuai untuk mereka. Banyak lagi tempat rekreasi lain yang boleh kita bawa mereka nanti. Pandai-pandailah nak tinggalkan anak anak kat mana-mana sekejap.
Kan just nak gi pasar je..

3. Jaga badan. Baru anak sorang. lemak sudah lebih sini sana. Mesti kuat makan dan tidur
masa dalam pantang. Controllah sikit. Boleh buat kalau kita ada kesedaran nak jaga badan.
Cikgu lama dulu masa anak empat orang berat badan masih lagi 38 kg. Kira ok lah tu.. Now
tak yah kabolah, tapi tak lebih 60 kg lagi. Padan dah anak pun sudah enam orang.

4. Bijak mengurus rumah tangga. Malam sebelum tidur, make sure rumah dah kemas dulu. Bangun awal daripada suami dan anak-anak. Mandi dan bersiap dulu, sebelum anak-anak bangun. Nanti bila mereka bangun, wah mereka lihat emak mereka dah cantik awal pagi. Manalah tahu kot-kot hubby ada surprise nak ajak gi jalan mana-mana. Boleh ikut. Taklah kepoh sangat. Tinggal urus anak-anak je... Kalau bukan urusan kerja, ikut je suami tu nak ke
mana, biar pun cuma nak beli keropok sebungkus.. Jangan guna ayat ' tak pe lah bang, ayang
tak mandi lagi, abang pegi jelah sorang.' lama-lama jadi terbiasa..

Oklah tu je tips yang cikgu lama boleh bagi untuk murid-murid yang cikgu lama kenali atau tak dikenali. Semoga anak-anak sentiasa bahagia dan diberkati hidup serta berani dan tabah menghadapi cabaran hidup berumahtangga....

Monday 17 November 2008

KALAU TAK TAHU, CUBALAH AMBIL TAHU

Salam sejahtera. Malam ni cikgu lama dok sorang-sorang kat luar rumah. Sejuk dan nyaman udara malam. Suasana di sini meriah bila malam tiba. Anak-anak riuh rendah macam musim raya. Ditambah pulak musim cuti sekolah..

Biasanya kat sekolah cikgu suruh murid buat DUA barisan apabila beratur di luar kelas atau kat perhimpunan. Satu barisan lelaki dan satu barisan pompuan. Dah pasti kalau kelas nombor satu tu barisan pompuan tu lebih panjang daripada barisan lelaki. Dunia akhir zaman, pompuan lebih ramai daripada lelaki dan lagi juga kena terima hakikat pompuan lebih pandai dari lelaki. Ye kan.

Hari ni cikgu lama nak bagi tazkirah sikit. Wahai anak-anakku, tahu tak kat akhirat nanti Allah akan minta kita berbaris sebanyak 12 barisan.

Barisan 1
Didatangkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki - dikatakan mereka ini adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya.

Barisan ke 2
Didatangkan dari kubur dengan berbentuk babi hutan- dikatakan mereka ini sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat.

Barisan ke 3
Didatangkan dari kubur berbentuk keldai dan perut mereka dipenuhi ular dan jengking - dikatakan mereka ini orang yang enggan membayar zakat.

Barisan ke 4
Didatangkan dari kubur dengan keadaan darah seperti air terpancut dari mulut - dikatakan mereka ini orang yang berdusta dalam jual beli.

Barisan ke 5
Didatangkan dari kubur dengan bau busuk seperti bangkai dan ketika angin bertiup bau busuk itu mengganggu ketenteraman orang-orang di padang Mashyar - dikatakan mereka ini menyembunyikan perlakuan derhaka, takut kepada manusia tetapi tidak takut kepada Allah.

Barisan ke 6
Didatangkan dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan - dikatakan mereka ini orang yang menjadi saksi palsu.

Barisan ke 7
Didatangkan dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah - dikatakan mereka ini orang yang yang enggan memberi saksi di atas kebenaran.

Barisan ke 8
Didatangkan dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki di atas - dikatakan mereka ini orang yang berbuat zina.

Barisan ke 9
Didatangkan dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru dan dalam dirinya penuh dengan api gemuruh - dikatakan mereka ini orang yang makan harta anak yatim.

Barisan ke 10
Didatangkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. - dikatakan mereka ini orang yang derhaka kepada orang tuanya.

Barisan ke 11
Didatangkan dari kubur keadaan buta mata. Kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan. Bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran - dikatakan mereka ini orang yang suka minum arak.

Barisan ke 12
Didatangkan dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. .melalui titian Siraatul Mustaqim seperti kilat - dikatakan mereka ini ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN BANYAK BERBUAT BAIK, MENJAUHI PERBUATAN DERHAKA, MEMELIHARA SOLAT 5 WAKTU, KETIKA MENINGGALKAN DUNIA KEADAAN MEREKA SUDAH BERTAUBAT. SYURGALAH TEMPAT MEREKA.

Renungkan wahai anakku. Usiamu semua masih muda. Usah leka dengan kemeriahan duniawi. Semua tu hanyalah bersifat SEMENTARA belaka. Wallahhualam..

Sunday 16 November 2008

murid contohku : FUYYO MAGIC 'SHAHRIL'


jumpa kat depan big apple mesra mall. hajatnya mau beli donat.tp tutup rupenye. dgr cerita, baru sehari bukak,cermin pecah. panas sangat menggoreng donat punya psl. tp bagus jugak. x pasal2 boleh jumpa fuyyoo pulak. hehe.. shahril2.. sama besar dah kita. dulu kau ni la yg banyak mulut sangat dlm kelas. paling macho la masa tu. tahun 3 kat sekolah rantau petronas. lupa pulak cg lama nak buat thumb mcm dia. hehe.. kat dpn kami tu ada gerai dia. baru nak bukak. nak jual barang2 fuyyoo katanya. so lps ni jgn lupa bg diskaun pulak kat cikgu ye. tahniah SHAHRIL. best of luck for your future undertakings. ALL THE BEST!

*ni la untungnya x sombong dengan cikgu. dapat doa dari cikgu. berkat tau doa tok guru ni..
ilmu apa yang kau pakai buat magic tu?? pesan cikgu, jangan ilmu salah dah la.. ingat asal usul kita ya.

Thursday 13 November 2008

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia sape tahu

ALHAMDULILLAH WAN AUJI QISTINA BT WAN ROSLAN SCORED 5A'S IN HER UPSR 2008.
SYUKUR..

KISAH MEJA PING PONG:
Dalam banyak-banyak benda itu hadiah yang dimintanya. Kat situ dah nampak minatnya kat mana. Anak bertuah.......

Wednesday 12 November 2008

Minggu ini dalam sejarah

CABARAN JADI ANAK CIKGU



Selasa 4 November 2008 11.30 pagi
Anak kelima Ummi membawa pulang surat jemputan untuk hadir ke Majlis Hari Gemilang sempena meraikan pelajar cemerlang sekolahnya. Dia telah dipilih oleh Panel Pemilihan mendapat anugerah Cemerlang Ko Kurikulum dan Tokoh Murid 2008. Anugerah Cemerlang Ko Kurikulum tu memang menjadi target anak ummi sejak di tahun tiga lagi. Dia memang berusaha sungguh-sungguh untuk dapat anugerah tu. Ummi pun sentiasa memberi sokongan dan update setiap perjalanan ko kurikukulumnya. Tokoh Murid tu tak pernah diidamkan. Itu terpulanglah kepada panel pemilihan, tak ada usaha pun tak pe. Kalau dapat itu adalah anugerah Allah dan rezeki buat anak ummi. Bangga dan bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Rabu 5 November 2008 2.30 petang
Mendapat berita Anugerah Cemerlang Ko Kurikulum ditarikbalik oleh orang yang sangat ummi hormati sebelum ini. Biarpun dibantah oleh panel pemilihan namun orang itu tetap berkeras dengan keputusannya. Sedih dan hancur luluh hati ummi. Kenapa jadi macam ni. Surat jemputan dah edar. Medal dan Sijil juga hadiah sudah siap diprint atas nama anak ummi. Bagi ummi dia layak dapat anugerah tu. Boleh dikira hari petangnya berada di rumah. Kebanyakan masa petangnya dihabiskan di padang setiap hari. Keringat dan usaha anak ummi mengharumkan nama sekolah selama ini tidak dihargai langsung.
Khamis 6 November 2008 8.30 hingga 12.00 tgh
Hari Gemilang sekolah ummi. Hari ini ummi mesti professional. Majlis ni untuk semua murid yang cemerlang. Bukan semua orang tahu masalah kita. Pagi tu ummi masih lihat medal dan sijil yang diprint nama anak ummi belum ditukar. Yang hairannya kenapa orang itu tak panggil ummi untuk berbincang dan beri rasional. Lagipun ummi ni orang paling kanan dia. Ummi pandang dari ekor mata jawatankuasa pemilihan dok kelam kabut selesaikan problem tu. Ada yang panik dan sebak. Ummi buat buat sibuk jelah. Dia tetap dengan keputusannya. Diakan BOSS. Tiba kategori anugerah khas , HAK MILIK anak ummi itu dirampas oleh murid yang ummi rasa terkilan sangat. Nak serve bola tampar pun tak lepas. Cuma pandai menari je. Kawan-kawannya pun memberontak. Yang kelakarnya nama anak ummi yang kat medal tu, ditampal dengan kertas je dan diganti dengan nama budak tu. Kasihan budak tu. Dia tak salah. Dia pun terpinga-pinga kenapa dia dipilih. Mak Ayah dia pun tak sempat dijemput untuk hadir meraikan kecemerlangan anaknya. Ramai juga cikgu yang menangis melihat PENGKHIANATAN itu. Alhamdullilah anak ummi dapat juga Anugerah TOKOH MURID 2008. Terharu sangat bila lihat kawan-kawannya bertepuk tangan semasa biodata dibaca. Rakan guru ummi pun ramai yang merah mata. Alhamduillah ummi dapat kawal perasaan semasa dijemput berdiri di atas pentas. Biar ALLAH sahaja yang balas jika benar ini satu KEZALIMAN...
Jumaat 7 November 2008
Ummi demam. Nangis gile..Kesal tu masih ada..
Sabtu 8 November 2008
Airmata masih mengalir. Ramai rakan sejawat menziarahi memberi semangat. Kata mereka 'Ini hari kita, tunggu hari dia pula'
Ahad 9 November 2008
Hari ini ummi kuat. Ummi dah tak nangis lagi. Tapi ummi dengar macam-macam rasa tak puas hati disuarakan kat sekolah. Takut juga ada yang mulut masin dan doa mereka tu termakbul. Nauzubillah. Biarlah itu hak mereka nak bersuara. Mereka pun ada anak-anak cemerlang juga. Kan satu hari jadi kat anak-anak mereka pula.. Mana tahu.. Tentu sedih macam ummi juga..
Isnin 10 November 2008
Azam ummi. Apabila melangkah pintu pagar sekolah, ummi nak gantung masalah peribadi dan Ummi cikgu lama yang perlu professional dalam melaksanakan semua tugasan di sekolah. Tapi disebabkan hal ini , ummi tetap terkilan dan hilang rasa hormat serta kepercayaan kepada seorang sahabat ketika melangkah keluar dari pagar sekolah. ..
Selasa 11 November 2008
Jamuan Akhir Tahun Majlis Guru di Resident Resort Paka. Ummi tak boleh hadir. Nanti nangis lagi. Lagipun masa tu dah habis waktu sekolah. Ummi tak nak berlakon lagi. Buat baik tapi hati kecil menolak. Kerja professional dah habis. Baik balik rumah, makan dengan keluarga tercinta lagi best. Anak sulung masak nasi goreng campak-campak hari ni. He he..
Rabu 12 November
Hari ini rasa letih. Macam nak pengsan je. Sakit kepala dan sejuk kaki dan tangan. Mungkin banyak fikir dan stress kerja kerja akhir tahun. Oh banyaknya. Yang paling tak suka kena buat penilaian prestasi staff lain. Nak menilai manusia ni memang susah. sama juga nak bentuk perangai manusia. Cabaran.... cabarannnnnnn.
Esok Anak Bertuah akan terima result UPSR nye. Mudah-mudahan dapat 5A. Ummi terima segalanya. Yang utama anak-anak ummi diberkati hidupnya dunia dan akhirat. Jangan kata jadi anak cikgu ni BEST. Macam-macam rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Kalau cerdik sangat, orang kata emak dia tolong. Kalau bodoh sangat, Alah anak cikgu pun bodoh juga!! Jadi wahai anak-anak cikgu semua, usahalah sendiri dalam semua bidang yang kamu ceburi. Mudah-mudahan dengan berkat ibumu mendidik anak-anak orang lain, ganjarannya semua ANAK-ANAK CIKGU yang dapat. Insyaalah..Ameen..

Saturday 8 November 2008

Kawan baruku

Sejahtera untuk semua.
Aku cikgu lama bersyukur kerana semua anak-anak kelahiranku celik IT. Aku cikgu lama tidak pernah mengajar anak-anakku secara formal mengenai IT. Aku cuma menyedarkan mereka bahawa kamu semua dilahirkan di era IT. Seiringlah bersama dengan dunia hari ini. Ayuh tidak usah tunggu lama. Tinggalkan ibumu ini seorang cikgu lama, dan teruskan dengan dunia barumu.
Hari ini aku punya masa untuk menyentuh komputer ini. Anak sulungku Alyaa mendorong aku untuk berjinak-jinak dengan emel dan bloging. Aku sering bersama mereka untuk melihat dan mengenali kawan anak-anakku melalui internet.
Bukan aku tak celik IT, cuma tak punya masaaaaaaaaaaaaaaaa. Oh masa, datanglah pada ku....
Aku cikgu lama kini ada blog sendiri, kawan baru ku. Alhamdulillah..