Sudah lama sebenarnya aku nak share rakan-rakan blogger tentang isu ni. Tetapi setiap kali nak menulis, rasa terharu yang amat sangat. Aku cukup sedih topik ini sangat hangat diperbincangkan sekarang. Now aku nak share tentang isu ini dengan pengalaman aku sebagai cikgu sains dan matematik dan juga sebagai seorang senior assistant..
ISU PPSMI
PPSMI - Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak silap 2002 bermula. Ketika itu susah sangat nak cari cikgu yang sanggup untuk pergi berkursus ETEMs. Walaupun dijanjikan 10 % imbuhan untuk guru-guru yang selamat berkursus. Kursus pertama ketika itu 3 bulan.. Bermula dari tahun 1.. Tahun-tahun berikutnya diteruskan lagi dengan Tahun 2,3,4,5 dan 6. 2007 berakhir Kursus ETEMs untuk guru-guru terpilih.. Guru-guru Bahasa Inggeris yang opsyen juga diberikan 10% imbuhan, tujuan membantu penguasaan BI guru- guru PPSMI yang telah terpilih..
Ketika PPSMI diperkenalkan aku sudahpun menjadi senior asst. tetapi Guru Penolong Kanan HEM. Aku tidak melibatkan diri sangat dalam isu ni..
2003 - Aku mula dilantik menjadi Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran yang mana menjadikan aku Pengerusi PPSMI di sekolah. Aku bertanggungjawab penuh terhadap perancangan, pengagihan tugas, jadual waktu, komputer dan peralatan ict, cd, bbm dan macam-macam lagi.. Terus terang aku katakan di dalam urusan pentadbiran, PPSMIlah yang sangat banyak mencabar kerja aku dan aku semakin give up dengan jawatan aku.. dan paling menakutkan.. Cuba bayangkan aku terpaksa membuat jadual ganti setiap tahun apabila guru-guru ini pergi berkursus sejak 2003 hingga 2007. Disamping itu mereka juga terpaksa menghadiri kursus kursus tambahan atas tujuan yang sama PPSMI. Meninggalkan sekolah untuk berkursus. Murid ditinggalkan. Guru relif tak masuk.. Murid terbiar. Masalah disiplin. Ketika itu.... Selepas 2005, kursus diperkenalkan hanya untuk 3 minggu pulak. Cuba bayangkan apakah yang guru-guru opsyen bahasa melayu ni dapat dalam masa 3 minggu sebagai bekal mengajar bertahun-tahun di sekolah nanti...Disamping itu juga aku bertanggungjawab untuk menerima berbagai kelengkapan, bahan bantu mengajar, anika CD, stok, layar tayang dan banyak banyak banyak lagi.... Macam-macam jenis fail....Penat dan bingung.. Paling pening mengurus stok dan kontraktor pemasangan peralatan semua-semua ni.. Bahagian pasang orang lain, bahagian test orang lain, bahagian bayar orang lain... Berapa banyak peruntukan da....
2006 - Atas desakan dan inginkan pengalaman pentadbiran dan rasa ingin mendalami naluri halus cikgu- cikgu PPSMi, aku memohon untuk menghadiri Kursus ETEMs bagi Matematik Tahun 5 selama 3 minggu. 3 minggu tu aku akan meninggalkan sekolah. Hari pertama kursus, semua takut termasuk aku, tapi buat bodoh jelah.. Fasilitator BI yang juga guru biasa enter the class dan bagi modul yang akan digunakan sepanjang kursus tu. Semua speak english. Kebetulan dalam kursus ETEMs Tahun 5 ni, ramai veteran. tak pandai speaking pun bantai je. Hingar bingar gelak ketawa. Cikgu veteran ni gigi pun dah semakin jarang, bersembur keluar angin bila speak english. Ada individual and group work. Ada micro teaching, but more to learning english. Fakta sains dan matematik sikit sangat.. Kemahiran ICT pun cenonek juga... Masa tu aku tengok ramai cikgu yang tak berani nak on komputer pun... Ada assignment, kalau yang bersungguh, baguslah hasilnya, tapi kalau yang give up tak dapat apa pun... Assignment aku dapat A dan disimpan di PPD sampai hari ni. Nama glamour aku kat kursus tu Kak Ayu..
Pandangan aku -
PPSMI ni ada tiga tugas berat dan wajib cikgu yang terlibat hadapi :
Pertama - nak kuasai bahasa inggeris. Kebanyakannya opsyen bahasa melayu ketika di maktab dulu. Susah ooo... Nak cakap sendiripun grammar tak betul, vocabulary lintang pukang, inikan pula nak mendidik anak orang....
Kedua - nak kuasai sukatan dan fakta matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Payah oooo.. Cikgu tak kuasai lagi, balik terus kena ajar. ascending order, denominator, nominator, macam-macam. Pening ooo..
Ketiga - nak mahir ict. Balik kursus cikgu akan diberi komputer pulak sorang satu. Nak on komputer pun ketar lagi, inikan pula nak buka lcd, screen. Nak guna CD yang dibekalkan. Kena tolak trolly berat ke kelas bila nak mengajar. Masalah kontraktor pasang tak betul. Kena buat report. Cikgu kena buat bahan tambahan dengan ict.... Tak technician, guru-guru try and error. Komputer bermasalah - walau direpot, terbiar menunggu giliran dibaiki..tak tercerita..
Yang mana satu nak dikejar.. Aku cukup terharu tengok cikgu-cikgu.. Mereka sentiasa mengeluh tetapi 'saya yang menurut perintah' buat jelah. Kalau stess, gi klinik, cuti or mc..
Isu BISP (Bayaran Insentif Pendidikan 10% untuk mereka yang mengajar Sains dan Matematik}.
Siapa tak nak elaun atau duit lebih? 10% banyak ooo. Bayaran ini diberikan untuk guru guru matematik dan sains belajar bahasa inggeris EXTRA di luar. Mendalami bahasa inggeris. Satu lagi tujuan bayaran ini IMBUHAN untuk guru-guru bahasa inggeris yang membantu guru matematik dan sains dengan program-program tambahan. SEBAT (Buddy Support System) tu program wajib Kementerian Pelajaran yang mesti diikuti.. Tujuan tu sebenarnya sudah tepat.
Tapi cuba bayangkan guru-guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang tidak menerima imbuhan apa-apa walaupun prestasi lebih baik berbanding mereka.... Terliur juga mereka..
Tapi sebenarnya aku cukup sedih lagi melihat cikgu-cikgu PPSMI menggunakan imbuhan tu untuk upgrade kereta, dari proton ke toyota, kia, dan ada juga yang mampu lebih daripada itu. Aku takut tengok cikgu-cikgu buat rumah banglo besar-besar.... Akhir-akhir ini makin ketara..
Bukan dengki, tapi realiti. Aku sempat menerima BISP untuk 2 tahun. RM305 x 24 bulan = RM 7320.00. Percaya tak, selepas 2 tahun aku terpaksa membayar semula ke bahagian kewangan dengan alasan GURU PENOLONG KANAN (HAKIKI) bukan opsyen seperti aku TIDAK LAYAK menerima imbuhan tu. Walaupun aku telah pun menghadiri Kursus ETEMs seperti orang lain. Kalau aku nak juga imbuhan itu, aku kena gi tukar opsyen Bahasa Melayu (opsyen asal) ke Opsyen Matematik. Oh no.. aku sangat cinta dan sayang kepada opsyen Bahasa Melayu yang aku pilih dulu ketika mula-mula melangkah ke maktab perguruan. Hingga kini aku masih mengajar matematik Tahun 5 tanpa imbuhan BISP.. Aku telah pun mendapat Band 4 untuk melayakkan aku tidak perlu lagi menyertai program SEBAT -Sistem Bimbingan Taulan. Dah cemerlanglah tu.. Tapi mereka tetap kata, aku tidak layak untuk dapat BISP.. Duit dah habis, tiba-tiba kena bayar balik. Cuba bayangkan sedih tahap mana. Adilkan undang undang nii.. Atau aku jadi mangsa dan teraniaya... Aku cukup sedih.. Undang-undang manusia buat..
Proses Pemantauan 2008 -2010
Ada 6 fasa. Sekarang PPSMI di peringkat pemantauan Fasa ke 3. Nauzubillah, aku cukup takut dengan pemantauan. Walaupun mereka kata mereka datang nak membimbing, tapi laporan pemantauan tetap ditulis yang negatif. Ramai guru-guru jumpa nak bagi balik laptop. Give up katanya. Menangis teresak-esak. Sebagai pentadbir, peranan akulah yang nak menenangkan mereka. Aku kata, " tak boleh, once you dah terima tugas ini, you tak boleh undur balik, kecuali kalau sekolah kita lebih guru sains dan matematik. You kena teruskan juga usaha-usaha menambah ilmu bahasa inggeris dan kemahiran ict you. You kena mengajar dengan menggunakan bahasa inggeris". Bukan seorang, tetapi ramai sangat yang berjumpa aku. Entahlah, now, mereka kata aku dengar PPSMI gagal, sampai tunjuk perasaan..
40 jam dalam tempoh 10 bulan - 2009
Kelas Bahasa Inggeris wajib diadakan 40 jam bagi guru-guru yang telah pun menduduki English Proficiency Test dan hanya mendapat aras 1 dan 2. Mereka ni dijaga seperti babay baru lahir. Di ajar, diuji, dinilai, dipantau, diberi latihan Module 1,2,3 dan macam-macamlah. Kat sekolah aku ada 5 orang yang terlibat. Tetapi mereka tetap mengajar dan mendapat imbuhan BISP. Aku yakin mereka ni tak nak jadi penolong kanan hakiki sampai pencen yang elaunnya cuma RM 60.00 sebulan. Percaya tak......
Tindakan Tatatertib Secaj
Disiasat dan dikenakan tindakan tataterbib secaj kepada guru-guru yang menghilangkan harta kerajaan termasuk laptop. Sedih. sedih, sedih ada dua kes yang aku handle kat sekolah. Sehingga hari ini tak selesai.
Kes 1 - Hilang laptop di rumah - bawa pulang untuk siapkan perancangan pengajaran, rumah dipecah masuk dan hilang. Aku bawa guru ni buat repot polis, laporan di ppd surat itu, surat ini. Tiada kesan pecah, adik sendiri dituduh bersubahat. Di tahan reman seminggu untuk siasatan. Hubungan adik beradik rengang. Masih dalam siasatan. Kalau sabit dikenakan secaj, rekod tatatertib dicatat dalam Buku perkhidmatan dan digantung kenaikan pangkat selama 2 tahun.. Kerana PPSMi... guru jadi mangsa..
Kes 2 - Hilang ketika berkursus. Di arah oleh jabatan supaya membawa laptop ke tempat kursus. Hilang di hotel. Dituduh cuai. Hari ni menerima surat "Niat dikenakan secaj" ke atas guru tu. Walaupun telah membuat rayuan, tetap dikatakan cuai.. Guru tu kata, "saya dah bertaubat tidak akan membawa apa sahaja harta kerajaan yang berharga, walaupun diarahkan. Saya tak nak jadi mangsa lagi. Saya cukup sedih," Katanya menjaga harta kerajaan, ke surau, ke tandas atau ke mana-mana semua kena bersama.. Jaga nyawa pun tak macam tu..Kerana PPSMl ..guru jadi mangsa..
Kes 3 - Minggu lepas GPK 1 dan ketua panitia bahasa inggeris berkursus untuk KITAB SBT dan pelaksanaan Module EMS2 Sistem Bimbingan Taulan di sebuah hotel 3*** . 4 buah laptop milik kerajaan hilang ketika cikgu sedang makan. Aku terharu tengok cikgu-cikgu tu panik dan menangis tak tentu hala mencari laptopnya... Kerana PPSMI ...guru jadi mangsa..
Aku dan Murid Matematik ku
Aku masih menggunakan Bahasa Inggeris dan pengajaranku. Masih menggunakan ICT, tapi cuma 2x seminggu. Murid ku kelas akhir dan terlibat PROTIM (Pemulihan Matematik). Mereka faham apa aku ajar, tapi mereka tidak boleh menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris. Tetapi kadang-kadang bila aku menggunakan Bahasa Melayu, mereka selalu bertanya, "Cikgu, dalam bahasa inggeris sebut mede?" Sudah lima tahun mereka di drilling dengan fakta matematik dalam bahasa inggeris. Susah juga kalau nak ubah tu. Aku bertanya anak-anakku, "Mereka lebih suka belajar dalam Bahasa Inggeris, katanya dah biasa, bila cikgu sebut bahasa melayu jadi pening. Tapi kalau dalam periksa. auji dan ameer nak dwi bahasa juga". Tetapi semalam ujian bulan OTI 1. Aku mengawas Kelas Tahun 6. Soalannya dwi bahasa. Tapi yang kelakarnya, pilihan jawapannya apabila ditraslate ke bahasa melayu, bertukar jadi makna lain. Sudahnya murid-murid juga pening. Penggubal soalan pun dah pening juga kut.... Soalan tu dari JPN. Bila cikgu-cikgu complain, awak jawab bodoh, "Typing error lah tu, baiki semula". hahahaha
Kesimpulan dan pandangan
Aku sayangkan bahasa melayu, bahasa ibunda kita. Tetapi aku nak juga Bahasa Inggeris, International Language, maruah orang-orang kita di mata dunia. Aku nak anak-anak didik aku menguasai sains dan matematik dengan ilmu yang banyak setanding bangsa lain. Aku bimbang level mereka di menengah tinggi dan IPT suatu hari nanti.. Kaji semula dan kuasai satu-satu.. Jangan disentap secara mengejut, bahananya lagi berat.... Jangan kemas pada perancangan dan teori, biar praktikalnya dikaji dulu... Aku sangat sedih dan terharu isu ini menjadi isu negara.. Adakah kita cuba untuk menonjolkan kelemahan bangsa kita sendiri.... Tepuk dada...
Di sekolah aku tak kecoh mana pun isu ni. Mereka tetap juga mengajar dan bersedia untuk dibuat pemantauan...
Berapa banyak air mata dah keluar kerana PPSMI....
Kenapa baru kini dikatakan GAGAL!!!!!!
7 comments:
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitu terharu pengorbanan seorang guru yang terpaksa meneruskan agenda pendidikan negara.
Setuju dgn pandangan kak Pah, kenapa skrg baru nak menentang dan tunjuk perasaan? kurang faham dgn alasan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa utama sbb ia tetap akan jadi bahasa kebangsaan, kebanggaan dan bahasa percakapan seharian, namun kita harus fikir akan tuntutan kemodenan yang menyebabkan anak2 kita terpinggir, tak tahu, tak mahu + malu nak berkomunikasi B.I. Ntahla.. mungkin masing2 ada pendapat dan sebab tersendiri tapi bg Jie, satu advantage kalau anak2 dipaksa belajar didalam BI, kena tgk org2 tua kita yang hidup zaman british, grammar depa lagi power drpd kita! Susah dulu tp insyaAllah senang kemudian. wallahua'lam.
wah..isu berat ni..
bacalah buku "mengapa kami bantah?"
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
sesuatu dasar yg dibuat tidak semestinya betol...masa akan menentukan betul atau tidak...
bila masa.. dah cakap tidak betol..org yg haknya di situ perlu buat sesuatu...bahasa jiwe bangsa...
skarag 6 tahun...memang sgt nampak kelemahan...ramai yg tercicir...kalo dulu ramai kawan sy yg dapat math 100 sejak darjah 1 - darjah 6...tiap kali peksa dapat 100...tapi BI tak pandai...
sek men... math moden pun dapat 100...cuma addmath je cikgu bagi 99 %...katanya 'manusia itu tidak perfect'
bila belaja dalm BI org seperti 'kawan2 saya ini' tidak wujud sama sekali...
sepatutnya kerajaan buat cobaan dulu...amik 5 sekolah setiap negeri...buat full english kat situ...
sape nak sekolah BI masuk situ..tgk kesan dia...
ni tukar satu malaya...kalo fail...fail satu malaya...
Sir - Dasar saya yang menurut perintah. Tulah kerja kerajaan..
Jie - Tulah kadang-kadang kesal juga dengan cikgu sendiri. Tak nak buat anjakan paradigma dalam BI. Orang dah bagi peluang belajarlah betul betul.Penat juga nak sedarkan cikgu bahawa ini sgenda kerajaan. Tapi buat tak faham juga..
Kb - Setuju sangat tu. Buatlah pilihan. Wujudkan sekolah perintis dulu. Or buat pilihan kat ibubapa, sape nak hantar sekolah, hantarlah.. Cikgu salah seorang yang akan hantar dulu kut, yakin dengan kebolehan anak dalam BI. Yang penting anak tak malu nak berkomunikasi dalam BI.. Tapi anak-anak cikgu mahir berbahasa BI dengan LAGU bukan mt dan sains. Jangan marah anak kalau dia dengar lagu BI, tu salah satu cara learning English.. Patutnya orang yang cipta PPSMI ni wujudkan 'KELAS KARAOKE DALAM BI'
satu ketika dulu. Gerenti satu malaya can speak english. hahaha..
hi, it's interesting able to joint this forum. cikgu Sarifah, let me joint in your blog? I'm from Indonesia. I also as a teacher. I was born in Sanggau (west Kalimantan)bise cakap melayu sikit.
Jaman saya kecil malaysia adalah negara yang amat saya perhatikan karena kita bertetangga, hanya 4jam dari kota saya ke kuching (lewat jalan darat)
Salut (I give reward) for Malaysian teacher yang memajukan education sangat pesat di Malaysia.
cikgu, bisa tak kita share about teaching learning at school. it's nice to have a firend as a teacher in board. I'M very dilighted if you accept me.
assmualaikum. wah nita, kamu datang ke malaysia ya.. Seronok bangat dapat bertukar-tukar pendapat tentang education antara malaysia dan indonesia. Do visit my blog alway. Thank you..
Post a Comment