Friday 19 December 2008

Cuti-cuti Malaysia

Sejahtera semua.
Hari ni Jumaat, 19 Disember 2008, pukul 8.45 pagi. Cuaca hari ni cerah. Cadang nak ke pasar tani, tapi tak ada teman, jadi tunggu je lah sape yang ready dulu nanti ummi ajaklah buat teman ke pasar tani.. Kalau kak cik ada kan best. Miss U Kak Cik. Sementara tu baik kita cite-cite dulu.

Sedar tak sedar dan hampir 5 minggu cuti akhir tahun berlalu. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak mula bertugas semula di tahun 2009. Apa yang ummi buat ye sepanjang cuti ni.

Minggu 1 - Masih hadir ke pejabat setiap hari, selesaikan kerja-kerja akhir tahun. Totally
penat mengemas rumah yang baru selesai renovation. Petang sampai ke malam.
Tapi sempat lagi hadir kenduri kawin, sedara mara, anak murid and staff.
Minggu 2 - Masih tetap ke pejabat, mengurus tugasan persediaan 2009. Petang sambung kerja
Mengemas rumah here and there.
Minggu 3 - Membeli belah dan membuat persiapan majlis kesyukuran istimewa anak dan
persiapan menyambut Hari Raya Korban.
Minggu 4 - Ha minggu nilah yang nak cerita panjang. We gonna miss u Kak Cik. Kak Cik nak
regist kat UIAM Gombak. But sambil menyelam minum air. Cuti ni kami tak rehat lagi. We all pergi bercuti kat Port Dickson. Kami menginap kat Palm Spring Golf & Marina Resort. Kebetulan Ummi dapat kupon penginapan percuma 2 malam 3 hari. Nak cite sikit pasal resort tu. Kami tiba sana malam, lebih pukul 8.30 malam, depan kat reception tu memang cantik, tapi nak ke bilik tu, kami kena check kat pondok guard dulu. Kebetulan ada pasukan recruit Imigresen dalam 500 orang dok berkampung di situ buat latihan. Jadi riuh rendahlah mereka
berkawad sampai tengah malam. Lepas mereka kiri kanan kiri, barulah kami dibenarkan berlalu. Lepas tu naik jambatan tinggi dan melintasi 4 bangunan barulah tiba di bilik. Kak Cik dah mula panik. 'Hotel mede gini, takutnya..' Umi tenang je tapi bimbang juga, jauh sangat masuk ke dalam. 'Relax ar. Biasalah kalau kita sampai tempat orang malam-malam, kita tak nampak lagi keistimewaannya.' Umi bagi semangat kat anak-anak. Kami menginap kat BLOK O bilik 2202 dan 2205. Kata reception, bilik tu kat hujung tepi sungai.. Not bad bilik tu. Besar dan ok je.. Facilities pun ok..

Inilah resort tu. Kolah yang kat depan tu ada hot air pancut .

Besok pagi, biasalah umi yang paling awal bangun. Lepas solat subuh, ummi keluar dari bilik hirup udara pagi. Umi pasti mesti ada padang luas yang cantik tempat orang kaya main golf. Tiba-tiba nampak sungai. Ummi asyik memerhati sungai yang unik tu, air keruh dan berlumpur, WARNING untuk sebarang aktiviti air. Besar juga sungai tu. Suddenly umi nampak Something bergerak pantas dalam air. Kocakan air tu cantik sangat.. Ummi berlari ke bilik, 'Abah, acu mai tengok mede ni..' Abah buat tak layan je. Umi perhati lagi. Rupa-rupanya seekor BUAYA berenang dengan happynya hilir mudik dalam sungai tu... Ya Allah resort macam ni pun ada buaya ke.. Ummi ke bilik dan bagitau abah yang umi nampak buaya. Dia gelak, katanya mane ada, biawak je tu. Tapi abah layan juga, dia jengok sungai tu, tapi buaya tu dah hilang. Ummi tetap juga kata, umi nampak buaya... Tk pelah orang tak caya..


Lepas tu ummi ke depan pula, nampak lagi budak-budak imigresen tu dok berkawad. Kesian tengok muka rekruit-rekruit tu. Macam stress je.. Sabarlah ye, awak semua sebenarnya dah membuat pilihan bijak, memilih satu profesion yang pasti confirm dapat kerja dan gaji suatu hati nanti.. Lepas posting, terus boleh kahwin..he he . Yang hairannya tak da pun padang golf kat depan. Oh yes, mesti anak-anak suka, ada track go-cart. Ada satu family besar dok berlumba kat track tu. Family day kut. Umi ke bilik dan kejut anak-anak semua. 'Bangun, bangun, mai kita gi main go-cart.' Setengah jam kemudian kami berada di track tu. Rupa-rupanya mereka tak minat pun, cuma jadi penonton sahaja. Sejam lepas tu kami balik ke bilik. Sebelum tu jenguk sungai tu lagi. Kali ini umi berjaya yakinkan mereka. Abah, Kak Cik dan Auji sah tengok BUAYA tu berenang kat sungai PALM SPRING and MARINA RESORT PD tu.. Tak caya, mailah pi sana tengok sendiri.. Tak sempat nak ambil gambar buaya cute tu..

Semua lapar. Pukul 2.30 ptg baru nak lunch. Makan nasi satu family 8 orang baru RM30.00. Murah arr nak compare oil town.

Inilah kereta kuda terbang bergolek Yang Kak Ain buat rosak tu. Ha..ha..

Ini bukan sebarang bangsal. Sapa nak duduk kena bayar RM 15.00 tau..

Marsya dok main mainan pantai-pantai yang baru dibeli.
Lepas jamak zohor dan asar kami ke pantai PD. Lunch and jalan-jalan all around. Umi bagi chance kat anak-anak nak main apa. Marsya pilih nak beli kuda terbang bergolek (malangnya Kak Ain dah patahkan sikit. nasib dia tak sedar. Kain Ain kena bayar ganti rugi RM5.haha..) dan mainan nak main pasir pantai. Budak kecik ni memang takut ombak. Abah nak main kayak dengan auji, jadi dua-dua kena beli seluar basahan. Kak Cik nak main jet ski. Auji juga sama and + mandi laut.
Like father like daughter.. Macam hulubalang memerintah pantai di zaman kesultanan melayu melaka.
Auji dan Abah berkayak. RM20.00 for half an hour. Auji suka curi tulang. Abah yang teruk berkayuh. Apa da..
Excited gila. Ist experience. Body guard bawa ke tengah laut dan keliling pulau. Sorry post Kak Chik tak dapat nak siar. Tunggulah..

Menung jauh nampak Kak Long. Tak lari gunung dikejar. Yang baju hitam tulah pencuri pemandangan PD.
Aiskerim Rohani. Kat Kerteh tak ada sekerim ni. Harganya seinggit. Ramai abang sekerim kat PD ni. Tapi harga tak sama antara abang-abang sekerim tu. Nasib-nasiblah..

Umi, Kak Long and Ameer tak nak apa-apa just dreaming aje kat tepi pantai sambil makan goreng pisang dan sotong bakar.
Kak Cik mintak souvenir ni. Sekuntum bunga matahari warna pink. RM7.50
Lepas tu kami belilah souvenir sorang satu. Ummi je tak dapat apa-apa. Biasalah, berkorban apa saja demi family.. Lepas maghrib kami pergi dinner kat Food Court. Makan Sate Kajang Hj Samuri. Best sangat.

Masa kami makan sate ni kan, Marsya cakap non stop. Macam-macam ada. Bila kami dah habis makan dan nak balik Marsya mintak sate. Dia kata kalau Umi tak beli sate satu dia nak gi mintak kat uncle meja sebelah. Memang dia gi pun. Orang tu terpinga-pinga. Last-last terpaksalah beli 5 cucuk untuk dia. Tak kanlah nak beli 1 cucuk. Tak logiklah..
Lepas tu ke funfair, marsyalah yang over kat sini. Kami semua just layan dia je.. Last balik ke resort kul 10.30 malam and tidur.



Kak cik dan Auji tumpang tuah Marsya..

Today Selasa, 16 Disember 2008, kul 9.00 - 12.00 tengahari Kak Cik regist kat UIAM Gombak.Thanks for Kak Ain, Tengku and Abang Long for giving a hand. All the best to Kak Cik.
Pukul 2.30 petang kami bertolak balik ke Kerteh. Lunch, Solat jamak zohor dan asar kat Genting Sempah . Arrived Kerteh at 7.30 pm.


Senyum puas Cikgu lama untuk familynya....


Telatah Marsya on the way back..


Tak penat pun but sangat enjoy. Planning for family daylah kat PD suatu hari nanti...


Cerita cuti... to be continued..


P/S : Abah menang hari ini dan berjaya menjadi teman umi ke Pasar Tani. Tadi stop kejap..
Beli udang kecik-kecik nak buat cucur udang petang ini.

Tuesday 9 December 2008

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Diri sendiri.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Softlan Daia - alyaa berahi wangi-wangi ni..

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Apa pulak, dah kawin lah.. tak de impian dah.. syurgalah pulak

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Sampai mati, hingga ke syurga..

5. Adakah anda di lamun cinta?
Mede ni.. tak main dah cinta-cinta ni. Duk layan & banteras cinta monyet anak murid je.
Tahun 6 dah ada yang pandai cintan-cintan tau

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Pizza Hut - with someone yang sangat special dalam family ni. tapi bukan malam, tengahari je.
Family umi jarang makan malam. Malam-malam ni pandai pandailah nak hidup..


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Majalah PARAS dan Colouring Book for Marsya.

8. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Both. Mereka dah uzur. Dua dua memerlukan ummi setiap masa.. paling takut dan ngeri nak
terima emergency call..

9. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Suami yang baik dan menghormati perempuan, macam abah. Tak handsome pun tak pe.
Sedap mata memandang enough..

10.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Suamiku. Berkasih biar satu, berkawan biar seribu. Bagi saya semua manusia yang saya
kenali adalah hebat dan ada keistimewaan masing-masing.

11. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ye le. Kerja ni dah berusia sejak 4o tahun lepas. Now je, kalau anak-anak perawan balik,
relaxlah sikit. seumur hidup saya tak pernah ada bibik.. Semua buat sendiri..

12. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mecca. Sensitif sangat. Cinta untuk ke sana dah semakin mendalam... Doakan ye..

13. Pelukan atau ciuman?
Both. Especially daripada keenam anak-anak.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
KAK AIN. Touching sangat. Selalu nak cry bila tengok kak ain. Kak Ain :-
- positif thinking
- ikhlas dan selamba
- kuat semangat
- hormat orang tua
- terror buat macam-macam air termasuk teh tarik. wow kalah mamak capati. Trylah.
- dan macam-macam lagi. best of luck for Kak Ain. (lebih se)

15. 8 perkara yang amat saya gilai
- Dapur saya. Nak masak, masaklah. Tapi kemas balik. Sape buat sepah kenalah...
Suka masak macam-macam, tapi kalau orang tak makan dan membazir, malaslah..
- Home decoration. Apa-apa tips suka tengok. Eric Leong bestlah. Tapi kepotlah kalau
ikut dia. Tiru sikit-sikit je. Picture wall pun dah cukup. Cat murah je..
- MAWI - bangga tengok semangat dia. Orang susah kena ada semangat macam tu. Jangan
cepat patah semangat dalam hidup ini. Rezeki tak datang bergolek..
- Membasuh, menjemur, melipat dan susun baju agar sentiasa kemas dan menarik, tak suka
orang lepet baju merata. Tak dok disiplin..
- Drama melayu yang cerita kisah-kisah motivasi dan cerita yang mengangkat darjat IBU
dan BAPA. Orang yang buat cite tu dah kaji dunia melayu ari ini. Memang gitu...
- Nasi panas, ikan segar panggang, budu pedas dan semua ulam-ulaman. Boleh kaya tau
kalau makan macam ni selalu. (Ini selera melayu)
- PIZZA - apa-apa flavour boleh. Tapi PIZZA HUT je. Pizza pasar malam tak main. (Ini
selera MAT LEH)
- Kerja-kerja profesion keguruan. BUAT SEHABIS BAIK dan kerana Allah dalam semua
kerja yang dipertanggungjawabkan. Dah ditakdirkan jadi Cikgu, terima jelah.


16. 8 perkataan yang sering di ucapkan.
- ALAHHUAKBAR
- Marsya, don't !
- Ameer, Auji dah solat ke belum.
- Kak Long eh..
- Dok rok eh..
- Nak makan dok belaka malam ni. Kalau nak Umi masak, Kalau tak boh, umi tidor..
- Kak Cik mane? Poning agi ke?
- Abah, jom gi dua orang minum teh tarik & Kue Tiaw Cantonese kat JR Tom Yam

17. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
- Quran
- Bimbingan Sempurna Solat
- Majalah URTV - sebab ada KU EMRAN dan ERRA (sepupu kan)
- Koleksi Pengantin
- Tips memakai tudung dan Busana Muslimah
- PARAS - tak pernah beli pun sebelum ni.
- BIODATA Allahyarham Dato Razali Ismail (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia) Sedih
sangat atas pemergiannya. Idola umi. Tak pernah miss talk dia. Bangga sangat dalam
dunia pendidikan dan pembentukan attitude guru-guru ketika dia jadi Pengarah
Pendidikan Terengganu. Al Fatihah.
- Adab Majlis Pertunangan dan Nikah kahwin. (saje je)

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
- Lagu Negaraku dan Selamat Sultan
- Lagu sekolah -Beradab dan Bijaksana
- Aduh Saliha
- Lagu-lagu yang Marsya suka nyanyi.
- Lagu-lagu nasyid moden
- Sentimental hits
- Klasik nasional
- Gamelan

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
Dok ingat doh. Hok tahun ni ah..
Ummi ni sentiasa belajar. Doh reti nak sebut. Banyak sangat perkara-perkara baru yang
dipelajari. Antaranya :
- Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
- Jangan mudah tidur dalam perut manusia. Kenali hati budinya dulu.
- Kerja jangan bertangguh
- Relax dalam semua hal. Jangan tension. Umur dan tua.
- Ukhwah keluarga perlu dipupuk dan dijaga.
- Semua anak yang dianugerahkan kepada kita ada kelebihannya masing-masing.
- Jangan kerja gila-gila. Tidur dan rehat mesti cukup.
- Dunia kata pegi, kubur kata mari. Banyak-banyaklah bertaubat dan beramal..

20. Mari meng'tag' 8 orang lain
- 'Alyaa Zahidah
- Amal Hakimah
- Nurul 'Izzah and Cikgu Ko
- Borhan
- Cik Su
- Amirah Omar - kejap je boleh bermesra ari tu.
- Tuan punya Restoren Kak Ma - boleh guna blog kak Ain. Hehe
- Sir Saiful

-Abdul Hayyi - Mehlah join blog cikgu lama.

Friday 21 November 2008

Cabaran Diri Hidup Berkeluarga


Hari ni hujan lebat sangat. Hari ni plak hari Jumaat. Jadi orang lelaki kena gi sembahyang jumaat, Kami orang pompuan dok umah je. Masak dan pandai-pandailah cari kerja lain. Oh aku terlupa rupa-rupanya muridku yang duduk di lorong sebelah nak kawin. Aku dah dapat kad jemputan seminggu lalu. Hai pening memikirkan cuaca macam ni. Nak kawin camana tak tau. Tetamu pun takut nak datang, nak pakai baju cantik, kasut tumit tinggi, nak pakai make up dan gelang banyak pun berfikir dua kali. Nanti basah dan tak glamour lagi. Baik duk umah, berselimut. Taklah tu pandangan je. Yang pasti cikgu lama ni kena pegi juga sebagai beri sokongan. Kan muridnya kawin.

Cerita pasal murid kawin ni, dah jadi perkara biasa bagi cikgu lama. Yang mana jemput dan ada kesempatan cikgu lama pegi lah. Tapi kalau clash masa dengan kerja lain, kirim salam je lah.
Cikgu lama nak cerita sikit. Hari tu masa cikgu lama gi pasar tani, jumpa tiga orang anak murid yang dah kawin. Ada yang berlenggang dan pegang tangan hubby dia. Mesra sangat. Yang sorang tu pulak dukung baby, comel sangat. Cikgu lama tegur juga, apalah baby ni kecik-kecik dah pergi pasar. Yang sorang lagi pula jalan lambat, dan nampak mengah. Biasalah bila murid jumpa guru, dia akan salam dan cium tangan. Tulah untung jadi guru. Yang ni plak jalan sambil dukung baby boy dan pimpin cute girl sorang. Katanya , "baru dua orang cikgu anak saya". Cikgu lama tanya, "mana abang"? Tu ada kat depan. Macam mana nak beli sayur dan ikan, dukung lagi pimpin lagi, abang pulak jauh ke depan. Cikgu lama rasa dia ni just nak jalan jalan je kat pasar tani. mana ada tempat lain lagi yang lebih istimewa pgi jumaat di oil town ni. Pasar tani jelah. Tapi now Mesra Mall dah buka, cuma Giant tu tak buka-buka lagi. sampai bila lah penantian rakyat oil town ni. Bukaklah cepat. Sayur dan ikan kat pasar tani ni mahal sangat. Berfikir dua kali nak beli. Cikgu lama mana boleh challenge 'orang oil' berbelanja. Gaji cikgu lama berapalah sangat..

Cikgu lama nak pesan pada murid-murid yang sudah kahwin, belum kahwin dan baru hendak kahwin. Cikgu lama ni dan berusia 45 tahun, tapi rasanya mantap lagi. Perasan sikit tak apa..

Pesanan cikgu lama :

1. Jaga personaliti walau di mana sahaja berada. Kalau tak pandai jaga personaliti nanti muka
nampak cepat tua. Biarpun nak gi pasar tani, kemas kemaskan lah diri tu, jangan nampak
macam bangun tidur sangat.

2. Sedarkan anak bahawa mereka mempunyai seorang ibu yang bekerja. Kebanyakan murid yang cikgu lama jumpa semua bekerja. Jadi jika rasa tidak perlu, usahlah bawa anak-anak ke tempat yang tidak sesuai untuk mereka. Banyak lagi tempat rekreasi lain yang boleh kita bawa mereka nanti. Pandai-pandailah nak tinggalkan anak anak kat mana-mana sekejap.
Kan just nak gi pasar je..

3. Jaga badan. Baru anak sorang. lemak sudah lebih sini sana. Mesti kuat makan dan tidur
masa dalam pantang. Controllah sikit. Boleh buat kalau kita ada kesedaran nak jaga badan.
Cikgu lama dulu masa anak empat orang berat badan masih lagi 38 kg. Kira ok lah tu.. Now
tak yah kabolah, tapi tak lebih 60 kg lagi. Padan dah anak pun sudah enam orang.

4. Bijak mengurus rumah tangga. Malam sebelum tidur, make sure rumah dah kemas dulu. Bangun awal daripada suami dan anak-anak. Mandi dan bersiap dulu, sebelum anak-anak bangun. Nanti bila mereka bangun, wah mereka lihat emak mereka dah cantik awal pagi. Manalah tahu kot-kot hubby ada surprise nak ajak gi jalan mana-mana. Boleh ikut. Taklah kepoh sangat. Tinggal urus anak-anak je... Kalau bukan urusan kerja, ikut je suami tu nak ke
mana, biar pun cuma nak beli keropok sebungkus.. Jangan guna ayat ' tak pe lah bang, ayang
tak mandi lagi, abang pegi jelah sorang.' lama-lama jadi terbiasa..

Oklah tu je tips yang cikgu lama boleh bagi untuk murid-murid yang cikgu lama kenali atau tak dikenali. Semoga anak-anak sentiasa bahagia dan diberkati hidup serta berani dan tabah menghadapi cabaran hidup berumahtangga....

Monday 17 November 2008

KALAU TAK TAHU, CUBALAH AMBIL TAHU

Salam sejahtera. Malam ni cikgu lama dok sorang-sorang kat luar rumah. Sejuk dan nyaman udara malam. Suasana di sini meriah bila malam tiba. Anak-anak riuh rendah macam musim raya. Ditambah pulak musim cuti sekolah..

Biasanya kat sekolah cikgu suruh murid buat DUA barisan apabila beratur di luar kelas atau kat perhimpunan. Satu barisan lelaki dan satu barisan pompuan. Dah pasti kalau kelas nombor satu tu barisan pompuan tu lebih panjang daripada barisan lelaki. Dunia akhir zaman, pompuan lebih ramai daripada lelaki dan lagi juga kena terima hakikat pompuan lebih pandai dari lelaki. Ye kan.

Hari ni cikgu lama nak bagi tazkirah sikit. Wahai anak-anakku, tahu tak kat akhirat nanti Allah akan minta kita berbaris sebanyak 12 barisan.

Barisan 1
Didatangkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki - dikatakan mereka ini adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya.

Barisan ke 2
Didatangkan dari kubur dengan berbentuk babi hutan- dikatakan mereka ini sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat.

Barisan ke 3
Didatangkan dari kubur berbentuk keldai dan perut mereka dipenuhi ular dan jengking - dikatakan mereka ini orang yang enggan membayar zakat.

Barisan ke 4
Didatangkan dari kubur dengan keadaan darah seperti air terpancut dari mulut - dikatakan mereka ini orang yang berdusta dalam jual beli.

Barisan ke 5
Didatangkan dari kubur dengan bau busuk seperti bangkai dan ketika angin bertiup bau busuk itu mengganggu ketenteraman orang-orang di padang Mashyar - dikatakan mereka ini menyembunyikan perlakuan derhaka, takut kepada manusia tetapi tidak takut kepada Allah.

Barisan ke 6
Didatangkan dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan - dikatakan mereka ini orang yang menjadi saksi palsu.

Barisan ke 7
Didatangkan dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah - dikatakan mereka ini orang yang yang enggan memberi saksi di atas kebenaran.

Barisan ke 8
Didatangkan dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki di atas - dikatakan mereka ini orang yang berbuat zina.

Barisan ke 9
Didatangkan dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru dan dalam dirinya penuh dengan api gemuruh - dikatakan mereka ini orang yang makan harta anak yatim.

Barisan ke 10
Didatangkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. - dikatakan mereka ini orang yang derhaka kepada orang tuanya.

Barisan ke 11
Didatangkan dari kubur keadaan buta mata. Kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan. Bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran - dikatakan mereka ini orang yang suka minum arak.

Barisan ke 12
Didatangkan dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. .melalui titian Siraatul Mustaqim seperti kilat - dikatakan mereka ini ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN BANYAK BERBUAT BAIK, MENJAUHI PERBUATAN DERHAKA, MEMELIHARA SOLAT 5 WAKTU, KETIKA MENINGGALKAN DUNIA KEADAAN MEREKA SUDAH BERTAUBAT. SYURGALAH TEMPAT MEREKA.

Renungkan wahai anakku. Usiamu semua masih muda. Usah leka dengan kemeriahan duniawi. Semua tu hanyalah bersifat SEMENTARA belaka. Wallahhualam..

Sunday 16 November 2008

murid contohku : FUYYO MAGIC 'SHAHRIL'


jumpa kat depan big apple mesra mall. hajatnya mau beli donat.tp tutup rupenye. dgr cerita, baru sehari bukak,cermin pecah. panas sangat menggoreng donat punya psl. tp bagus jugak. x pasal2 boleh jumpa fuyyoo pulak. hehe.. shahril2.. sama besar dah kita. dulu kau ni la yg banyak mulut sangat dlm kelas. paling macho la masa tu. tahun 3 kat sekolah rantau petronas. lupa pulak cg lama nak buat thumb mcm dia. hehe.. kat dpn kami tu ada gerai dia. baru nak bukak. nak jual barang2 fuyyoo katanya. so lps ni jgn lupa bg diskaun pulak kat cikgu ye. tahniah SHAHRIL. best of luck for your future undertakings. ALL THE BEST!

*ni la untungnya x sombong dengan cikgu. dapat doa dari cikgu. berkat tau doa tok guru ni..
ilmu apa yang kau pakai buat magic tu?? pesan cikgu, jangan ilmu salah dah la.. ingat asal usul kita ya.

Thursday 13 November 2008

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia sape tahu

ALHAMDULILLAH WAN AUJI QISTINA BT WAN ROSLAN SCORED 5A'S IN HER UPSR 2008.
SYUKUR..

KISAH MEJA PING PONG:
Dalam banyak-banyak benda itu hadiah yang dimintanya. Kat situ dah nampak minatnya kat mana. Anak bertuah.......

Wednesday 12 November 2008

Minggu ini dalam sejarah

CABARAN JADI ANAK CIKGU



Selasa 4 November 2008 11.30 pagi
Anak kelima Ummi membawa pulang surat jemputan untuk hadir ke Majlis Hari Gemilang sempena meraikan pelajar cemerlang sekolahnya. Dia telah dipilih oleh Panel Pemilihan mendapat anugerah Cemerlang Ko Kurikulum dan Tokoh Murid 2008. Anugerah Cemerlang Ko Kurikulum tu memang menjadi target anak ummi sejak di tahun tiga lagi. Dia memang berusaha sungguh-sungguh untuk dapat anugerah tu. Ummi pun sentiasa memberi sokongan dan update setiap perjalanan ko kurikukulumnya. Tokoh Murid tu tak pernah diidamkan. Itu terpulanglah kepada panel pemilihan, tak ada usaha pun tak pe. Kalau dapat itu adalah anugerah Allah dan rezeki buat anak ummi. Bangga dan bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Rabu 5 November 2008 2.30 petang
Mendapat berita Anugerah Cemerlang Ko Kurikulum ditarikbalik oleh orang yang sangat ummi hormati sebelum ini. Biarpun dibantah oleh panel pemilihan namun orang itu tetap berkeras dengan keputusannya. Sedih dan hancur luluh hati ummi. Kenapa jadi macam ni. Surat jemputan dah edar. Medal dan Sijil juga hadiah sudah siap diprint atas nama anak ummi. Bagi ummi dia layak dapat anugerah tu. Boleh dikira hari petangnya berada di rumah. Kebanyakan masa petangnya dihabiskan di padang setiap hari. Keringat dan usaha anak ummi mengharumkan nama sekolah selama ini tidak dihargai langsung.
Khamis 6 November 2008 8.30 hingga 12.00 tgh
Hari Gemilang sekolah ummi. Hari ini ummi mesti professional. Majlis ni untuk semua murid yang cemerlang. Bukan semua orang tahu masalah kita. Pagi tu ummi masih lihat medal dan sijil yang diprint nama anak ummi belum ditukar. Yang hairannya kenapa orang itu tak panggil ummi untuk berbincang dan beri rasional. Lagipun ummi ni orang paling kanan dia. Ummi pandang dari ekor mata jawatankuasa pemilihan dok kelam kabut selesaikan problem tu. Ada yang panik dan sebak. Ummi buat buat sibuk jelah. Dia tetap dengan keputusannya. Diakan BOSS. Tiba kategori anugerah khas , HAK MILIK anak ummi itu dirampas oleh murid yang ummi rasa terkilan sangat. Nak serve bola tampar pun tak lepas. Cuma pandai menari je. Kawan-kawannya pun memberontak. Yang kelakarnya nama anak ummi yang kat medal tu, ditampal dengan kertas je dan diganti dengan nama budak tu. Kasihan budak tu. Dia tak salah. Dia pun terpinga-pinga kenapa dia dipilih. Mak Ayah dia pun tak sempat dijemput untuk hadir meraikan kecemerlangan anaknya. Ramai juga cikgu yang menangis melihat PENGKHIANATAN itu. Alhamdullilah anak ummi dapat juga Anugerah TOKOH MURID 2008. Terharu sangat bila lihat kawan-kawannya bertepuk tangan semasa biodata dibaca. Rakan guru ummi pun ramai yang merah mata. Alhamduillah ummi dapat kawal perasaan semasa dijemput berdiri di atas pentas. Biar ALLAH sahaja yang balas jika benar ini satu KEZALIMAN...
Jumaat 7 November 2008
Ummi demam. Nangis gile..Kesal tu masih ada..
Sabtu 8 November 2008
Airmata masih mengalir. Ramai rakan sejawat menziarahi memberi semangat. Kata mereka 'Ini hari kita, tunggu hari dia pula'
Ahad 9 November 2008
Hari ini ummi kuat. Ummi dah tak nangis lagi. Tapi ummi dengar macam-macam rasa tak puas hati disuarakan kat sekolah. Takut juga ada yang mulut masin dan doa mereka tu termakbul. Nauzubillah. Biarlah itu hak mereka nak bersuara. Mereka pun ada anak-anak cemerlang juga. Kan satu hari jadi kat anak-anak mereka pula.. Mana tahu.. Tentu sedih macam ummi juga..
Isnin 10 November 2008
Azam ummi. Apabila melangkah pintu pagar sekolah, ummi nak gantung masalah peribadi dan Ummi cikgu lama yang perlu professional dalam melaksanakan semua tugasan di sekolah. Tapi disebabkan hal ini , ummi tetap terkilan dan hilang rasa hormat serta kepercayaan kepada seorang sahabat ketika melangkah keluar dari pagar sekolah. ..
Selasa 11 November 2008
Jamuan Akhir Tahun Majlis Guru di Resident Resort Paka. Ummi tak boleh hadir. Nanti nangis lagi. Lagipun masa tu dah habis waktu sekolah. Ummi tak nak berlakon lagi. Buat baik tapi hati kecil menolak. Kerja professional dah habis. Baik balik rumah, makan dengan keluarga tercinta lagi best. Anak sulung masak nasi goreng campak-campak hari ni. He he..
Rabu 12 November
Hari ini rasa letih. Macam nak pengsan je. Sakit kepala dan sejuk kaki dan tangan. Mungkin banyak fikir dan stress kerja kerja akhir tahun. Oh banyaknya. Yang paling tak suka kena buat penilaian prestasi staff lain. Nak menilai manusia ni memang susah. sama juga nak bentuk perangai manusia. Cabaran.... cabarannnnnnn.
Esok Anak Bertuah akan terima result UPSR nye. Mudah-mudahan dapat 5A. Ummi terima segalanya. Yang utama anak-anak ummi diberkati hidupnya dunia dan akhirat. Jangan kata jadi anak cikgu ni BEST. Macam-macam rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Kalau cerdik sangat, orang kata emak dia tolong. Kalau bodoh sangat, Alah anak cikgu pun bodoh juga!! Jadi wahai anak-anak cikgu semua, usahalah sendiri dalam semua bidang yang kamu ceburi. Mudah-mudahan dengan berkat ibumu mendidik anak-anak orang lain, ganjarannya semua ANAK-ANAK CIKGU yang dapat. Insyaalah..Ameen..

Saturday 8 November 2008

Kawan baruku

Sejahtera untuk semua.
Aku cikgu lama bersyukur kerana semua anak-anak kelahiranku celik IT. Aku cikgu lama tidak pernah mengajar anak-anakku secara formal mengenai IT. Aku cuma menyedarkan mereka bahawa kamu semua dilahirkan di era IT. Seiringlah bersama dengan dunia hari ini. Ayuh tidak usah tunggu lama. Tinggalkan ibumu ini seorang cikgu lama, dan teruskan dengan dunia barumu.
Hari ini aku punya masa untuk menyentuh komputer ini. Anak sulungku Alyaa mendorong aku untuk berjinak-jinak dengan emel dan bloging. Aku sering bersama mereka untuk melihat dan mengenali kawan anak-anakku melalui internet.
Bukan aku tak celik IT, cuma tak punya masaaaaaaaaaaaaaaaa. Oh masa, datanglah pada ku....
Aku cikgu lama kini ada blog sendiri, kawan baru ku. Alhamdulillah..