Sunday, 22 March 2009

Tag daripada Ima

Award and Tag from
Ima Mawar Merah
Sorry Ima, gelojoh sikit. award dah ambik tapi tag baru nak jawab ari ni.

1. Make a list of what u want on your birthday.

2. The list should be 10 numbers.

3. Post the image of the award to your posting.

4. Give it to 10 frens of yours.

Apa yang saya hendak bila tiba hari jadi saya.

1. Anugerah kesihatan daripada Allah. Sebab selalu demam dan sakit perut dan tidak bermaya apabila tiba hari jadi anak-anak.

2. Ucapan doa daripada semua orang tersayang, suami dan anak-anak.

3. Pelukan anak-anak. Semua anak anak berkumpul pada hari tu. Kalau boleh. Suka tengok anak bersatu.

4. Something surprise, tapi tak over.

5. Ucapan daripada rakan-rakan rapat especially my secretary..

6. Ucapan dibuat seawal mungkin, tak nak di penghujung hari. dah basi.

7. Kasut dan handbag warna hitam - sebab memang merupakan keperluan yang sangat penting dan tak pernah cukup.

8. Kejayaan yang berterusan daripada anak-anak.

9. Doa dan pelukan dari Abah Syed Othman dan Ummi Engku Rahmah - orang dulu jarang ingat birthday anak-anak mereka. Saya dipelihara nenek masa kecik dulu.

10. Solat hajat kesejahteraan berjemaah daripada keluarga tersayang.

Wallahuaalam.

Tag dah ambil. Thank you very much for Ima.

Sape yang terima pulak.

1. Musafirah Amani

2. Scream Out Loud

3. Soal hati

4. Kueh Bakar

5. Ayasu Kuro-Obi

6. Spekmataku

7. Tok Kapor

8. Pen Merah

9. Gigi Palsu

10. Valsa Nine

Pesanan kepada penerima

Pandai-pandailah lah ambik award dan tag ni kat blog 'Cikgu Lama'. Selamat Menjawab.

Thank you

Monday, 16 March 2009

myiman


myiman
teman baruku
yang akan menemani aku
ke mana sahaja langkah kakiku

myiman
ku pilih diri mu
ku jatuh hati pada mu
kerana
kau punya segala
untuk ku

myiman
membuka ruang luas
untuk aku bersama MU
di mana sahaja aku berada
myiman
hari jadimu - 15 Mac 2009
myiman
handphone baru ku....

Kenapa saya pilih myiman menjadi kekasihku??

Sebuah hand phone yang ada:

* Digital Holy Quran Text & Audio (114 surahs) Arabic text by Othman Font.

* Recitation by Sheikh Sudias & Shuram

* Duaa Khatam Al Quran and 99 Names of Allah

* Qibla Direction of all major cities in the world

* 28 languages Quran translation

* 9 Hadith books

* Salat times with Adhan Alarm

- islam itu mudah -

When there is a will, there is a way..

Bubble in the making..


Good job. Keep on trying..


Finally a BIG bubble... Congratulations Marsya!!!!

Brought to you by DENTYNE White
Helps Keep Your Mouth Clean and Breath Fresh

Check up your smile Here..

Thursday, 12 March 2009

Kenapa baru kini.. Pandangan peribadiku..

Salam sejahtera.

Sudah lama sebenarnya aku nak share rakan-rakan blogger tentang isu ni. Tetapi setiap kali nak menulis, rasa terharu yang amat sangat. Aku cukup sedih topik ini sangat hangat diperbincangkan sekarang. Now aku nak share tentang isu ini dengan pengalaman aku sebagai cikgu sains dan matematik dan juga sebagai seorang senior assistant..

ISU PPSMI

PPSMI - Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak silap 2002 bermula. Ketika itu susah sangat nak cari cikgu yang sanggup untuk pergi berkursus ETEMs. Walaupun dijanjikan 10 % imbuhan untuk guru-guru yang selamat berkursus. Kursus pertama ketika itu 3 bulan.. Bermula dari tahun 1.. Tahun-tahun berikutnya diteruskan lagi dengan Tahun 2,3,4,5 dan 6. 2007 berakhir Kursus ETEMs untuk guru-guru terpilih.. Guru-guru Bahasa Inggeris yang opsyen juga diberikan 10% imbuhan, tujuan membantu penguasaan BI guru- guru PPSMI yang telah terpilih..

Ketika PPSMI diperkenalkan aku sudahpun menjadi senior asst. tetapi Guru Penolong Kanan HEM. Aku tidak melibatkan diri sangat dalam isu ni..

2003 - Aku mula dilantik menjadi Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran yang mana menjadikan aku Pengerusi PPSMI di sekolah. Aku bertanggungjawab penuh terhadap perancangan, pengagihan tugas, jadual waktu, komputer dan peralatan ict, cd, bbm dan macam-macam lagi.. Terus terang aku katakan di dalam urusan pentadbiran, PPSMIlah yang sangat banyak mencabar kerja aku dan aku semakin give up dengan jawatan aku.. dan paling menakutkan.. Cuba bayangkan aku terpaksa membuat jadual ganti setiap tahun apabila guru-guru ini pergi berkursus sejak 2003 hingga 2007. Disamping itu mereka juga terpaksa menghadiri kursus kursus tambahan atas tujuan yang sama PPSMI. Meninggalkan sekolah untuk berkursus. Murid ditinggalkan. Guru relif tak masuk.. Murid terbiar. Masalah disiplin. Ketika itu.... Selepas 2005, kursus diperkenalkan hanya untuk 3 minggu pulak. Cuba bayangkan apakah yang guru-guru opsyen bahasa melayu ni dapat dalam masa 3 minggu sebagai bekal mengajar bertahun-tahun di sekolah nanti...Disamping itu juga aku bertanggungjawab untuk menerima berbagai kelengkapan, bahan bantu mengajar, anika CD, stok, layar tayang dan banyak banyak banyak lagi.... Macam-macam jenis fail....Penat dan bingung.. Paling pening mengurus stok dan kontraktor pemasangan peralatan semua-semua ni.. Bahagian pasang orang lain, bahagian test orang lain, bahagian bayar orang lain... Berapa banyak peruntukan da....

2006 - Atas desakan dan inginkan pengalaman pentadbiran dan rasa ingin mendalami naluri halus cikgu- cikgu PPSMi, aku memohon untuk menghadiri Kursus ETEMs bagi Matematik Tahun 5 selama 3 minggu. 3 minggu tu aku akan meninggalkan sekolah. Hari pertama kursus, semua takut termasuk aku, tapi buat bodoh jelah.. Fasilitator BI yang juga guru biasa enter the class dan bagi modul yang akan digunakan sepanjang kursus tu. Semua speak english. Kebetulan dalam kursus ETEMs Tahun 5 ni, ramai veteran. tak pandai speaking pun bantai je. Hingar bingar gelak ketawa. Cikgu veteran ni gigi pun dah semakin jarang, bersembur keluar angin bila speak english. Ada individual and group work. Ada micro teaching, but more to learning english. Fakta sains dan matematik sikit sangat.. Kemahiran ICT pun cenonek juga... Masa tu aku tengok ramai cikgu yang tak berani nak on komputer pun... Ada assignment, kalau yang bersungguh, baguslah hasilnya, tapi kalau yang give up tak dapat apa pun... Assignment aku dapat A dan disimpan di PPD sampai hari ni. Nama glamour aku kat kursus tu Kak Ayu..

Pandangan aku -

PPSMI ni ada tiga tugas berat dan wajib cikgu yang terlibat hadapi :

Pertama - nak kuasai bahasa inggeris. Kebanyakannya opsyen bahasa melayu ketika di maktab dulu. Susah ooo... Nak cakap sendiripun grammar tak betul, vocabulary lintang pukang, inikan pula nak mendidik anak orang....

Kedua - nak kuasai sukatan dan fakta matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Payah oooo.. Cikgu tak kuasai lagi, balik terus kena ajar. ascending order, denominator, nominator, macam-macam. Pening ooo..

Ketiga - nak mahir ict. Balik kursus cikgu akan diberi komputer pulak sorang satu. Nak on komputer pun ketar lagi, inikan pula nak buka lcd, screen. Nak guna CD yang dibekalkan. Kena tolak trolly berat ke kelas bila nak mengajar. Masalah kontraktor pasang tak betul. Kena buat report. Cikgu kena buat bahan tambahan dengan ict.... Tak technician, guru-guru try and error. Komputer bermasalah - walau direpot, terbiar menunggu giliran dibaiki..tak tercerita..

Yang mana satu nak dikejar.. Aku cukup terharu tengok cikgu-cikgu.. Mereka sentiasa mengeluh tetapi 'saya yang menurut perintah' buat jelah. Kalau stess, gi klinik, cuti or mc..

Isu BISP (Bayaran Insentif Pendidikan 10% untuk mereka yang mengajar Sains dan Matematik}.

Siapa tak nak elaun atau duit lebih? 10% banyak ooo. Bayaran ini diberikan untuk guru guru matematik dan sains belajar bahasa inggeris EXTRA di luar. Mendalami bahasa inggeris. Satu lagi tujuan bayaran ini IMBUHAN untuk guru-guru bahasa inggeris yang membantu guru matematik dan sains dengan program-program tambahan. SEBAT (Buddy Support System) tu program wajib Kementerian Pelajaran yang mesti diikuti.. Tujuan tu sebenarnya sudah tepat.

Tapi cuba bayangkan guru-guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang tidak menerima imbuhan apa-apa walaupun prestasi lebih baik berbanding mereka.... Terliur juga mereka..

Tapi sebenarnya aku cukup sedih lagi melihat cikgu-cikgu PPSMI menggunakan imbuhan tu untuk upgrade kereta, dari proton ke toyota, kia, dan ada juga yang mampu lebih daripada itu. Aku takut tengok cikgu-cikgu buat rumah banglo besar-besar.... Akhir-akhir ini makin ketara..

Bukan dengki, tapi realiti. Aku sempat menerima BISP untuk 2 tahun. RM305 x 24 bulan = RM 7320.00. Percaya tak, selepas 2 tahun aku terpaksa membayar semula ke bahagian kewangan dengan alasan GURU PENOLONG KANAN (HAKIKI) bukan opsyen seperti aku TIDAK LAYAK menerima imbuhan tu. Walaupun aku telah pun menghadiri Kursus ETEMs seperti orang lain. Kalau aku nak juga imbuhan itu, aku kena gi tukar opsyen Bahasa Melayu (opsyen asal) ke Opsyen Matematik. Oh no.. aku sangat cinta dan sayang kepada opsyen Bahasa Melayu yang aku pilih dulu ketika mula-mula melangkah ke maktab perguruan. Hingga kini aku masih mengajar matematik Tahun 5 tanpa imbuhan BISP.. Aku telah pun mendapat Band 4 untuk melayakkan aku tidak perlu lagi menyertai program SEBAT -Sistem Bimbingan Taulan. Dah cemerlanglah tu.. Tapi mereka tetap kata, aku tidak layak untuk dapat BISP.. Duit dah habis, tiba-tiba kena bayar balik. Cuba bayangkan sedih tahap mana. Adilkan undang undang nii.. Atau aku jadi mangsa dan teraniaya... Aku cukup sedih.. Undang-undang manusia buat..


Proses Pemantauan 2008 -2010


Ada 6 fasa. Sekarang PPSMI di peringkat pemantauan Fasa ke 3. Nauzubillah, aku cukup takut dengan pemantauan. Walaupun mereka kata mereka datang nak membimbing, tapi laporan pemantauan tetap ditulis yang negatif. Ramai guru-guru jumpa nak bagi balik laptop. Give up katanya. Menangis teresak-esak. Sebagai pentadbir, peranan akulah yang nak menenangkan mereka. Aku kata, " tak boleh, once you dah terima tugas ini, you tak boleh undur balik, kecuali kalau sekolah kita lebih guru sains dan matematik. You kena teruskan juga usaha-usaha menambah ilmu bahasa inggeris dan kemahiran ict you. You kena mengajar dengan menggunakan bahasa inggeris". Bukan seorang, tetapi ramai sangat yang berjumpa aku. Entahlah, now, mereka kata aku dengar PPSMI gagal, sampai tunjuk perasaan..


40 jam dalam tempoh 10 bulan - 2009


Kelas Bahasa Inggeris wajib diadakan 40 jam bagi guru-guru yang telah pun menduduki English Proficiency Test dan hanya mendapat aras 1 dan 2. Mereka ni dijaga seperti babay baru lahir. Di ajar, diuji, dinilai, dipantau, diberi latihan Module 1,2,3 dan macam-macamlah. Kat sekolah aku ada 5 orang yang terlibat. Tetapi mereka tetap mengajar dan mendapat imbuhan BISP. Aku yakin mereka ni tak nak jadi penolong kanan hakiki sampai pencen yang elaunnya cuma RM 60.00 sebulan. Percaya tak......

Tindakan Tatatertib Secaj

Disiasat dan dikenakan tindakan tataterbib secaj kepada guru-guru yang menghilangkan harta kerajaan termasuk laptop. Sedih. sedih, sedih ada dua kes yang aku handle kat sekolah. Sehingga hari ini tak selesai.

Kes 1 - Hilang laptop di rumah - bawa pulang untuk siapkan perancangan pengajaran, rumah dipecah masuk dan hilang. Aku bawa guru ni buat repot polis, laporan di ppd surat itu, surat ini. Tiada kesan pecah, adik sendiri dituduh bersubahat. Di tahan reman seminggu untuk siasatan. Hubungan adik beradik rengang. Masih dalam siasatan. Kalau sabit dikenakan secaj, rekod tatatertib dicatat dalam Buku perkhidmatan dan digantung kenaikan pangkat selama 2 tahun.. Kerana PPSMi... guru jadi mangsa..

Kes 2 - Hilang ketika berkursus. Di arah oleh jabatan supaya membawa laptop ke tempat kursus. Hilang di hotel. Dituduh cuai. Hari ni menerima surat "Niat dikenakan secaj" ke atas guru tu. Walaupun telah membuat rayuan, tetap dikatakan cuai.. Guru tu kata, "saya dah bertaubat tidak akan membawa apa sahaja harta kerajaan yang berharga, walaupun diarahkan. Saya tak nak jadi mangsa lagi. Saya cukup sedih," Katanya menjaga harta kerajaan, ke surau, ke tandas atau ke mana-mana semua kena bersama.. Jaga nyawa pun tak macam tu..Kerana PPSMl ..guru jadi mangsa..

Kes 3 - Minggu lepas GPK 1 dan ketua panitia bahasa inggeris berkursus untuk KITAB SBT dan pelaksanaan Module EMS2 Sistem Bimbingan Taulan di sebuah hotel 3*** . 4 buah laptop milik kerajaan hilang ketika cikgu sedang makan. Aku terharu tengok cikgu-cikgu tu panik dan menangis tak tentu hala mencari laptopnya... Kerana PPSMI ...guru jadi mangsa..


Aku dan Murid Matematik ku


Aku masih menggunakan Bahasa Inggeris dan pengajaranku. Masih menggunakan ICT, tapi cuma 2x seminggu. Murid ku kelas akhir dan terlibat PROTIM (Pemulihan Matematik). Mereka faham apa aku ajar, tapi mereka tidak boleh menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris. Tetapi kadang-kadang bila aku menggunakan Bahasa Melayu, mereka selalu bertanya, "Cikgu, dalam bahasa inggeris sebut mede?" Sudah lima tahun mereka di drilling dengan fakta matematik dalam bahasa inggeris. Susah juga kalau nak ubah tu. Aku bertanya anak-anakku, "Mereka lebih suka belajar dalam Bahasa Inggeris, katanya dah biasa, bila cikgu sebut bahasa melayu jadi pening. Tapi kalau dalam periksa. auji dan ameer nak dwi bahasa juga". Tetapi semalam ujian bulan OTI 1. Aku mengawas Kelas Tahun 6. Soalannya dwi bahasa. Tapi yang kelakarnya, pilihan jawapannya apabila ditraslate ke bahasa melayu, bertukar jadi makna lain. Sudahnya murid-murid juga pening. Penggubal soalan pun dah pening juga kut.... Soalan tu dari JPN. Bila cikgu-cikgu complain, awak jawab bodoh, "Typing error lah tu, baiki semula". hahahaha


Kesimpulan dan pandangan


Aku sayangkan bahasa melayu, bahasa ibunda kita. Tetapi aku nak juga Bahasa Inggeris, International Language, maruah orang-orang kita di mata dunia. Aku nak anak-anak didik aku menguasai sains dan matematik dengan ilmu yang banyak setanding bangsa lain. Aku bimbang level mereka di menengah tinggi dan IPT suatu hari nanti.. Kaji semula dan kuasai satu-satu.. Jangan disentap secara mengejut, bahananya lagi berat.... Jangan kemas pada perancangan dan teori, biar praktikalnya dikaji dulu... Aku sangat sedih dan terharu isu ini menjadi isu negara.. Adakah kita cuba untuk menonjolkan kelemahan bangsa kita sendiri.... Tepuk dada...


Di sekolah aku tak kecoh mana pun isu ni. Mereka tetap juga mengajar dan bersedia untuk dibuat pemantauan...

Berapa banyak air mata dah keluar kerana PPSMI....

Kenapa baru kini dikatakan GAGAL!!!!!!

Tuesday, 10 March 2009

FAMILY CC

Celik ICT??? Ramai orang sudah mula celik ict hari ini. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendalami ilmu itu. Ummi selalu bercita-cita untuk membuka cc sendiri. Ummi nak jadikan cc family tu, 'Islamic CC'. Ummi ada sebuah rumah lagi. Selalu dok bincang dengan abah tentang idea tu. Rumah tu ada tiga bilik. Bilik pertama untuk CC Muslimin, Bilik kedua untuk CC Muslimah, Bilik Ketiga Zon photostat, binding dan suku sakatnyalah. CC Family ni ada peraturan yang perlu dipatuhi. Antara peraturannya, pengunjung mesti berpakaian kemas dan menutup aurat. Berdisiplin dan tidak mengganggu orang lain. Tingkat bawah pulak nak buat mini market. Tak nak jual barang runcit. Beras, tepung, gula, kicap sos, aneka bawang semua tak nak jual. Penat. Nak jual tit-bit je. CC family tu akan beroperasi mulai pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Bila ummi dah pencen nanti CC family masa operasinya akan berubah..
Haziq yang berat mulut dengan laptop abah. Payah ni nak bagi pinjam. Abah cukup cermat menjaga barang-barangnya. Katanya susah nak dapat. Mahal..
Auji gaya tersendiri. Laptop Apple ni orang lain semua tak suka..
Now anak-anak dah besar dan boleh mengurus diri sendiri. Kekadang terasa masa terluang sangat. Kalau ada CC family tu, anak-anak dapat membantu ummi. Now pun kalau weekend rumah dah jadi macam cc. Abah ada 2 laptop. Kat rumah ada 3 desktop. Ummi ada 1 laptop milik kerajaan. Kak Long dan Kak Chik masing-masing ada laptop sendiri. Jadi kalau semua bercuti, boleh online serentak. Kadang-kadang senyap sunyi dengan gaya masing-masing. Umi lebih suka anak berkumpul di family area dan search internet dari sana. Senang nak pantau. Wireless kat rumah ni hanya ummi dan abah sahaja yang tahu password nya. So kalau kami tak approve anak-anak tak boleh buat apa. Tetapi setakat ni, abah selalu memantau apa yang dilayari. Alhamdulillah tak pernah pulak jumpa yang pelik-pelik..
Ummi jarang membawa pulang laptop kerajaan tu. Malaslah, risikonya sangat banyak kalau hilang di rumah. Desktop abah di master bedroom hanya private untuk dia je. Privacy... Banyak fail-fail kerja dalam tu.. Tak siapa berani sentuh. Nahas kena berlebel.. Password pun tak ada orang tahu..
Desktop yang kat tangga ini selalunya Marsya yang punya
Desktop yang di penjuru dinding ini memang best. Laju dan ummi suka lepak kat sini.
Privacy sangat...
Mungkinkah ini cuma angan-angan mat jenin atau akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti ... Mungkin juga akan jadi realiti, ummi dan abah nak jaga CC tu lepas pencen nanti....

Insyaallah.

Monday, 9 March 2009

AIR TANGAN IBU

Minggu lepas kami meraikan sebuah keluarga, rakan karib ummi yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun kerana mengikut suami yang bertugas sebagai salah seorang Pegawai Eksekutif Petronas Carigali ke Vietnam. Perkenalan kami bermula kerana anak sulungnya Arrysa Farhana bt Alfie merupakan best friend kepada Auji. En Alfie juga merupakan bekas boss kepada adik perempuan ummi, Sharifah Anisah yang pernah bertugas di Petronas Carigali suatu ketika dulu.

Pada mulanya ummi bercadang membawa mereka makan di Restoran Bangkok di Kerteh ni. Malangnya hampir satu hari menghubungi restoran tersebut tiada jawapan diterima. Akhirnya ummi membuat keputusan menjemput mereka makan tengahari di rumah. Mari kita tengok apa yang Chef Ummi masak.



TOM YAM PUTIH
(RM 20.00 VS RM40.00)



SAMBAL UDANG
(RM20.00 VS RM45.00)

TELUR DADAR
(RM 3.00 VS RM 6.00)

SWEET AND SOUR IKAN BAWAL
(RM25.00 VS RM 40.00)


IKAN CENCARU BAKAR
(RM7.00 VS RM 12)

ULAM-ULAMAN
SOS SWEET AND SOUR
SAMBAL BELACAN



PENCUCI MULUT DAN MINUMAN

TEMBIKAI
PISANG
KEROPOK GORENG
CARAMEL PUDING
ORANGE JUICE
COFFEE

Anak-anak ummi cakap, ummi pandai masak. Betul ke???? Inilah menu yang ummi sediakan.
Harga tu sebenarnya harga yang ummi bandingkan dengan harga kat Restoran Bangkok Kerteh. Berapa banyak untung da..... Seronok sangat tengok tetamu makan dengan berselera.

Petang tu pulak ummi dok upgrade bilik anak-anak ikut citarasa masing-masing. Auji and Marsya request purple colour. Ameer request merah putih. Bilik anak dara memang dah pinky. Dalam dok kemas bilik anak dara, ummi jumpa something suprise. Apa tu ye...

Sebuah buku 'recipe' berwarna pink. Rupanya ada juga anak ummi yang mewarisi sikap ummi ketika remaja dulu. Cuma resipi dalam buku ni tak penuh. Tak tahu sape punye. Wahai anak-anak tolong mengaku buku sape ni???? Antara resipi yang ada kat dalam tu....

RESIPI 1 - CUPCAKE

300gm butter
200gm gula halus
200gm tepung gandum
11/2 tsp baking powder
2 sudu bsr susu pekat
2 sudu bsr cornflour
1 tsp esen vanilla
9 biji telur

Cara-cara membuat
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkkan kuni9ng telur sebiji demi sebiji. (Pukul putih telur hingga kembang)
3. Masukkan cornflour dan susu pekat. Kacau hingga sebati
4. Secara folding, masukkan gandum dan putih telur dan minyak berselang seli hingga habis.
5. Bakar 10 minit dengan suhu 200 drj celcius.

RESIPI 2 - PUDING BERKUAH
(untuk puding)

1 bungkus agar-agar
6 gelas air
7 biji telur putih
3 sudu besar gula
2 sudu teh esen vanilla
pewarna

(untuk kuah)

3 sudu tepung kastad
1/2 tin susu cair
1/2 gelas gula
* tidak ada cara-cara membuat. Rekalah sendiri.

RESIPI PILIHAN 3 -CHOCOLATE CAKE

Bahagian A
13/4 tepung
3/4 cocoa
secubit garam
11/2 sudu teh baking powder
12/2 sudu teh bicarbonate soda

Bahagian B
1 cawan susu pekat
2 cawan gula pasir

2 biji telur 1 cawan air panas.

Pukul telur dan B dan A dan air panas. Masuk acuan dan bakar.

Topping
1 cawan cocoa
1 tin susu cair
1 tin
susu pekat
1 tespoon corn flour
50 gm butter

*Cara membuat tak ditulis. Ilmu tak habis.

Akhirnya, ummi pilih resepi yang ketiga. Dan inilah hasilnya. Best giler... Baik mengaku cepat, sape punya buku ini nanti dapat hadiah..

Nilai - orang perempuan mesti pandai masak, baru boleh tawan hati suami dan mak mertua. Tapi hati-hati jangan terlebih masak, nanti suami jadi gedempol... Majalah lama - gunting dulu resipi yang ada dan simpan sebagai koleksi. Mana tahu tetiba jam suatu hari nanti, boleh refer 'BUKU RESIPI CIPTAAN SAYA'. Selamat mencuba..


Sunday, 8 March 2009

UPIN & IPIN in the house

Marsya in action ...... 1 2 3 Click (3x)
The first t-shirt : red in colour

The fifth t-shirt : black in colour (fav colour)

Marsya loves Upin & Ipin series so much. One day, Abah went to pasar malam and bought one red t-shirt for her. It cost abah RM 18.00 per t-shirt. She was very happy to have that and didn't want to wear any other shirts. Her wardrobe was not being opened for so long and ummi had to wash that only baju every day. The neighbours asked Marsya "Marsya kenape pakai baju sama hari-hari? Basuh tak baju tu?" Marsya proudly said, "Biar ah. Mailah cium, tak busuk pun!!!!!"


Marsya's upin ipin collection with her seven dwarfs :)


Say cheese !!

Don't disturb my t-shirts, okeyyy !!
My seven dwarfs will keep on eye my UPIN and IPIN's t-shirts !!! hehee

A week after that abah insisted me to follow him to pasar malam to get a new t-shirt. Then, ummi bought two more t-shirt which are RM15.00 each. It means RM 30.00 laa.. Of course she was very happy to have three t-shirts at the moment. Because of Marsya, the neighbours children persuaded their parents to by one. Everyone came to my house to ask where did i get the t-shirt. Ha ha ha ha..

To Kak cik : i'm waiting for the Upin Ipin sling bag dat u promise to give me..hehe :)


l felt so tired to wash all those t-shirts everyday, so i persuaded abah to go to Pasar Malam Paka to find more Upin & Ipin t-shirt. l bought two more t-shirts which are black and brown. It cost me RM 18.00 for two t-shirt which are cheaper than before. "Aku kena tipu kat abang pasar malam Kerteh ke?" ha ha.. Altogether, the five t-shirts that Marsya has right now cost me RM 66.00.. Ayoyo.. Upin Ipin punya pasal.. After all the t-shirts are enough for Marsya to wear for five days a week.


Thank you and congratulation for those who has come out with such great ideas of making UPIN IPIN animation.. Most children adore the two characters very much. The existence of UPIN IPIN has made children in Malaysia happy and excited. The series inculcated moral and islamic values as well as the Malays traditions; which can be applied in their life. UPIN and IPIN has been their legend since the first day they came out in the network. As for my little daughter Marsya, she learned the fasting niat when she was three years old from the first episode of UPIN dan IPIN.

LET US SUPPORT MALAYSIAN CARTOON..
p/s: I am wondering until when she will wear those t-shirts..haha