Friday, 13 February 2009

Tuhan masih sayangkan kami

Jumaat 13 Februari 2009 - hujung minggu, hari jadi Cik Mirah spekmataku. Happy birthday. Sejak aku jadi blogger ni, aku makin rapat dengan kenalan anak-anakku. Seronok juga. Satu pengalaman hidup yang unik dapat dirasa diusia 46 tahun.

Hari ni kami sekeluarga nak ke Bandar MuktafibillahShah bagi mengiringi Kak Nor dan Abang Yo, anak saudara abah ke Majlis Sambut Menantu pada kul 11.00 nanti. Wan pun ikut sama. Tok Ki hantar dia kat Jalan Santong Paka. Tok Ki masih boleh memandu walaupun usianya sudah menjangkau 89 tahun. Tabik ah.. Tapi aku selalu pesan kat Abah supaya berhati-hati. Bimbang sebagai anak tu tetap ada..
Adegan suap menyuap di majlis makan beradap.
Moga Kak Nor & Abang Yo selamat hingga ke akhir hayat.


Kak Nor di Majlis Akad Nikah minggu lepas.

Pasangan pengantin pakai sedondong warna Maroon. One of my favourite kaler. Waktu kami tiba di sana pasangan pengantin tak ready lagi. Katanya Mak Andam Silembut dari Dungun tersilap tarikh. Si Lembut ingatkan esok 14 Februari 2009. Aku nampak muka pengantin dan merah padam dan masam mencuka. Ditambah lagi baju pengantin ada dengan si lembut. Parah.. parah..Mak Pengantin mintak aku makeup kan pengantin. Macam mana nak buat, peralatan tak bawa. Aku cakap biar pukul berapa pun suruh silembut tu datang. Lemahnya pengurusan si lembut ni. Dahlah charge package tu sampai RM 4 +++. Akhirnya nasib baik silembut tu tiba. Abah warning, " Kami dah lambat. Kalau hari biasa buat 1 jam, hari ni kami bagi masa 1/2 jam je. buatlah macam mana pun. " Kepoh.. kepoh.. Kami makan Nasi Arab berlaukkan ayam goreng, dalca, pepedom dan acar. Bolehlah. Majlis simple je tapi meriah juga. Biasalah makan beradap, posing sana sini, suap menyuap. gitu gitulah..

Lebih kurang pukul 12.00 kami bertolak balik. Dalam perjalanan abah sempat bercerita. "Hari ni tiga orang penjenayah warga asing ditembak mati kerana merompak. Ummi ingat dok tempat orang berkumpul ramai-ramai di tengah hutan, masa kita mari tadi. Polis satu trak, anjing pengesan dan orang kampung now dok jejak dua orang penjenayah lagi yang lari masuk hutan ladang kelapa sawit ni". " Eeeeee takutnya, kalaulah tiba-tiba keluar tahan kereta kita, Auji nak buat camna.", mulut ummi celupar. Ummi pun takut juga sebenarnya. Wan pun nampak bimbang.

Tiba-tiba ponggggggg shreckkk shreckkk shreckk..... " Bunyi mede tu", tanya abah. "Tayar pancit kut abah", ummi menjawab. Ya Allah lindungilah kami, bukan tayar pancit tapi pecah terusss. Aku pandang belakang semua nampak gelabah and pucat juga. Masa tu kami berada 1km je dari tempat penjenayah tu ditembak dan polis pengesan masih duk menjejaki yang 2 orang lagi.. Ummi perhati kiri kanan suma hutan dan ladang kelapa sawit. Ini adalah pengalaman pertama kami dengan Avanza CBP 3132.. Relaxxxxx. Semua kena turun...


Tayar kereta Avanza keluarga kami terbelah kat bawah. Dalam ketakutan dan bimbang kami terpaksa usahakan supaya tayar ni dapat diganti dan kami boleh pulang segera.


Tayar dah dibuka, tapi now nak cari jalan nak keluar tayar spare yang kat bawah tu. Alhamdulillah akhirnya Auji yang berjaya jadi Mg Gyver ari ni. Memang Auji anak yang pintar.



Wan Engku Rahmah memang kuat berdoa. Raut wajahnya nampak bimbang, tapi mulutnya kumat kamit berdoA moga dipermudahkan urusan kami. Kasihan Wan digigit kerengga kat situ.



Cuba kamu bayangkan tiba-tiba dua orang penjenayah yang terlepas tu tiba-tiba muncul kat sini dengan parang panjang. Nauzubillah.

Kat sebelah sini memanglah ladang kelapa sawit, tapi sebelah sana hutannya boleh tahan juga.


Jangan salah faham. Ni bukan penjenayah tu, tapi Gie, anak saudara abah dan kawannya datang dari Muktafibillahshah memberi pertolongan. Semua tak sempat solat jumaat ari ni. Darurat kan..


Tak ada perasaan. Ini time aku rehat......


Alhamdulillah, lebih kurang 1jam setengah, kami meneruskan perjalanan ke Dungun. Sebenarnya bukan kami kisah pasal tayar tu, tapi bimbangkan dua orang penjenayah yang terlepas tu. Katakan tiba-tiba muncul and cuba nak beri pertolongan. Lepas tolong dia kerjakan kami. Aduh gerunnya... Tapi terkilan jugalah. Di tanahair tercinta Malaysia, tak ada sebuah kereta pun yang nak stop beri pertolongan or tanya kabar, malah diketawakan kita pulak.....

TQ ALLAH.



9 comments:

SoalHati said...

hehehehe seram sejuk baca citer ummi..mmg takut! dohla penjenayah maybe ada disekitar tu je huhu..

wan kumat kamit doa..org tua mmg mcm tu kan..apa2 blaku, Allah dulu dia sebut! macam2 doa dia baca..hembus...wan 'Ain gitu gok huhu..

Alhamdulillah semua selamat..org lain duk bertungkus lumus, ade gok hok relax abih tea...marsya..marsya,,, hehehe

musafirah_amani said...

alhamdulillah..sumenye selamat..suspen gok bca cite ni..huhu..papepun..smoga Allah sentiasa beri perlindungan..ameen :)

kueh bakar said...

syukur..berhati2 cikgu...

Anonymous said...

umi dok pnh cite pun? aritu kabo g kawin je. huhu.. hari ini dlm sejarah la tayar avanza pch. nasib baik takdok mende.wang mesti duk ulang ayat same mase menanti bleh amek tayar spare tu,

"lailahailallah.. dokleh lagi ke?eh eh eh eh.."

btw, ade jugak pengganti sy as photographer di kala saat2 yg x dijangka berlaku. huhu.

one-areyou said...

Ain - Bukan seram sejuk, sejuk ketar doh jadi. Cuba ain bayangkan kalau ummi bawa kete and wan je ada masa kejadian tu. camne nak buat ye....
Long - Alhamdulillah
Kb - Berhati-hati di jalan raya memang sokmo doh.
Kcik - Wan hok wane koko jadi wane pink. Dok rajin tengok wan debar gitu. Anyway Kcik ingat senang ke ummi nak expect masuk gambar dlm entri tu. Riuh serumah mintak tulung. Tapi pecah rahsia, rupanya pegawai teknologi pun tak pandai.. haha.. nasib baik ada Mat Blur.. expert rupanya dia.. Now ummi dah pandai, nt macam2 gambar ada..

Nurul 'Izzah said...

Alhamdulillah, khair semuanya..

Ngee..kalu izah pun, sure debor tahap dinasour.huhu!

Ok, pasni kita tunggu lg gambo dr Ummi, memandangkan Puan Sharifah Asiah sudah makin mahir mengaplikasikan blog.hihi :p

SoalHati said...

hahahaha..riuh sekampung, eh serumoh nok upload gambor..okla tu ummi. atleast tak perlu nak tanya jiran2 sebelah. insan2 dlm rumah tu dah ada yang mahir it. hehehe... ummi ada blog nipun ramai anak2 kagum :)

buh banyok gambo ummi. suke tengok!gambo resipi ke sekali skala..menu hari jumaat ummi yang digambarkan menyelerakan itu :)

SpEkmATaKu said...

huhuhu~~~seram sejuk bace cite ummi nie..cm cite keliwon huhuhuhu~~~
tp bila pikir blk bess jgk bile mngalami peristiwa unique ni..bukan sume org bleh rase ye dop hehe..kegi bleh buat kenang-kenangan lol...

btw time ksh wish burfday org sini hihi..ameen for ur doa tue amenn..ameenn n_n..xsabo nk p umoh ummi lagi ujung taun ni insyAllah..insyAllah hehe...

Kniedaz said...

mmm...macam janji2 plak bila cerita pasal penjenayah berlaku insiden di tempat yg sama...mesti cuak waktu tu tapi Insya Allah, tuhan tu memberi dugaan kepada orang2 yang terpilih saja kan cikgu?