Monday, 2 February 2009

GURU - CITA-CITA atau REZEKI

Sejahtera semua.
Tiap-tiap hari aku buka blog, baca-baca and comment-comment. Tapi selalu masa tak meluangkan untuk aku terus menulis. Hari ni nak cuba create idea.
Kenapa aku jadi guru? Memang menjadi cita-cita atau sebab tak ada kerja lain. Sebenarnya memang cita-cita aku nak jadi guru. Aku menjadi guru atas kuasa rezeki yang diberiNya.

Sejak umur 6 tahun aku hidup menumpang dengan saudara mara di semenanjung kerana abah dan ummi merantau mencari rezeki di negeri bawah bayu. Mereka balik 3 tahun sekali. Sedih tau, sebab abah memang cukup mewah tentang makan minum anak-anaknya. Woo perit hidup menumpang ni especially bak makan. Selalu tak cukup, dicatu dan selalu makan lebihan orang-orang. Bila malam selalu perut masuk angin menahan lapar. Takut nak bersuara atau nak makan dulu..

Hidup aku tertekan, memberontak kemudian aku lari duduk asrama. Barulah jiwa rasa tenang sikit. Kali pertama ambik SPM aku dapat gred 3. Masa tu dah power result cam gitu. Ambik pulak kali kedua kat Sekolah Grammar, konon nan baiki sijil, tapi tambah kantoi. Jiwa selalu tak tenang kena kutuk kat sedara mara. Lepas sekolah aku kerja kat Motel Desa Sdn Bhd. sebagai typist selama 6 bulan. Masa tu managernya En Kamaruzaman. Baik. Gaji aku dapat RM100.00 sebulan, tak campur tips lagi. Masa tu aku rasa dah banyak dan seronok..

Lepas tu aku pergi ziarah abah dan ummi kat sana. Kerja pulak sebagai operator kat Luasong Kem. Kat Kem Balak ni aku dapat RM 600.00 sebulan. Lagi mewah. Aku cuba apply maktab perguruan. Masa tu nak apply maktab perguruan kat sana, syarat utama adalah kredit bahasa melayu je. Syarat kedua, borang mesti diisi dengan tulisan tangan. Aku akui tulisan aku memang kemas dan cantik. Ramai orang akui gitu. Dan aku rasa penginterview tu pun tergoda sebab tulisan aku yang macho tu.. Ha ha..

Sebulan lepas tu aku dapat surat tawaran ke Maktab Perguruan Sandakan Sabah, pengkhususan Pengajian Melayu dan perlu lapor diri 3 minggu selepas itu. Alhamdullillah, tercapai sudah cita-cita aku. Mulalah buat persiapan, tempat tiket kterbang and semualah. Seminggu sebelum bertolak aku terima satu lagi surat pembatalan tawaran atas alasan keputusan SPM aku tidak layak /tidak cukup kredit untuk ke maktab perguruan. Aku frust gile. Nangis sungguh-sungguh. Masa tu tak cerdik lagi dan tak pikir panjang. Bagi aku dah hancur semua.

Abah mengamuk juga. Macam-macamlah dia kutuk. Tapi dia beri semangat pergi jugak, sebab kita sudah dapat surat tawaran dan sudah pun mengisi semua borang-borang perjanjian yang susah gile nak diisi tu. Akhirnya dalam takut-takut aku pergi juga lapor diri. Pelik juga sebab nama aku memang tersenarai dalam pendaftaran hari tu. Aku buat tak tahu jelah and tak cite pun pasal surat pembatalan tu. LEMAHNYA PENGURUSAN ORANG DULU-DULU.

Akhirnya pada 01 Disember 1984 aku tamat pengajian dengan mendapat keputusan CEMERLANG. Aku diposting ke SRK Desa Permai, Kinabatangan, Sabah. 7 jam naik bot. Gile ke. Aku tak pergi. Aku lapor diri kat Pejabat Pelajaran Sandakan. Bila Range Rover datang nak bawa kami ke sana, aku sorang yang degil tak nak pergi. Macam-macam aku kena kutuk dan kena ugut bayaran balik seratus ribu kerana melanggar perjanjian. Lantaklah. Selama sebulan aku hadir bertugas kat pejabat tu. Aku buat kerja typist, operator, tukang lap sini sana dan apa-apa jelah yang disuruh. Mula-mula aku dikutuk, akhirnya mereka jatuh hati dengan kerja aku. Aku kemudiannya ditempatkan ke SRJK Sung Siew, Sandakan Sabah. Cuma 1km je dari bandar Sandakan. Lebih kurang 7 tahun kat sekolah tu. Dari situlah aku pandai cakap cina dan paham kalau cina kutuk aku. Alhamdullillah..

1991 aku kembali bertugas di kampung halaman. 1993 aku dianugerahkan Guru Contoh Daerah. 1999 aku dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. 2002 2003 aku dianugerahkan dua tahun berturut-turut perkhidmatan cemerlang lagi. Hebat hebat hebat.. Sejak 1999 aku telah pun dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan Sekolah. 2004 aku dilantik Guru Penolong Kanan Hakiki. 2007 aku ditawarkan jadi Guru Besar kat Sk Kampung Wa Dungun, tapi aku tak pergi... ada reason tersendiri. Hebatkan cikgu lama.. Aku tabik pada KEKUASAAN rezekiNYA.

Aku tak nak sambung belajar, masuk universiti. Nanti senioriti aku hilang. Biarlah anak-anak sambung citacita aku masuk universiti. Nanti aku pinjam topi dan jubah anak-anak bergambar.
Rasanya aku dah bersyukur sangat. Pencen macam ni pun tak apa dah. Ada lebih kurang 11 tahun lagi servis.

Hari ini anak sulungku 'Alyaa mewarisiku. Tapi dia akan jadi 'teacher'. Aku pesan awal-awal dulu, kalau betul betul minat cikgu, terus berusaha ke jurusan tu. Aku cukup menyampah kalau orang sebut tak pe belajar dulu, pas tu kita mintak KPLI. Selepas dapat degree, ambil diploma pendidikan pastu jadi cikgu. Minat tak de, pas tu mulalah saya tak leh buat ni, sya tak suka buat ni. Kat maktab setahun masa buat diploma dulu tak ada pun belajar itu ini. Macam-macam alasan. Ingat jadi cikgu ni boleh sesuka hati ke. Anak aku pun aku tak paksa kalu tak ada minat. Yang nombor dua minat tentera, jadi pegawai penguatkuasa maritim, nombor tiga pun tak minat cikgu, belajar economic. Apa apa pun kena minat dulu.. Tapi yang herannya, ramai maks dan mak mertuas suka kalau anaknya kawin cikgu. Mak anak engineer pesan nak menantu cikgu, Majistret pun nak cari cikgu, Pegawai eksekutif PETRONAS pun nak kawin cikgu, Pegawai Bank pun nak cari cikgu. Ye ke penyataan ni.. Alasan mede. Cikgu kerja separuh hari, senang nak urus rumahtangga. Poo daa mana ada.. Semua cikgu era kini kerja 7 hari seminggu tanpa mengira siang malam. Kerja ikut arahan dan keperluan..

Pesanan semua, jadi cikgu bukan senang. kena Lillahitaala. Kita nak MENDIDIK manusia jadi manusia, bukan nak MENGAJAR manusia jadi manusia. Cikgu adalah segala-galanya. Dialah guru, kerani, tukang sapu, tukang kayu, tukang cat, jurujual, tukang masak, jaga, misi, juruteknik and macam-macamlah. Sebelum nak jadi macam CIKGU LAMA ni, kena jadi suma-suma tu dulu...

Fikir-fikirkan sebelum buat keputusan nak pilih profesion perguruan.

BERSAMA MARTABATKAN PROFESION KEGURUAN. HIDUP CIKGU !!

8 comments:

Ayasu Kuro-Obi said...

Buleh buat novel ni

one-areyou said...

sir sanggup jadi typist,editor, and reading proof bisa aja. Ceritanya masih panjang..

Kniedaz said...

betul2..nak jadi cikgu kena la lillahitaala..kdg2 tgk cikgu zaman sekarang ni melaram lebih dari mengajar.. tapi tak semua la..ada sekerat dua je..saya suka tengok cikgu2 tapi tak suka jadi cikgu sebab takut student tak faham apa yg saya ajar..huhu..teruskan mendidik anak bangsa ya...

one-areyou said...

welcome kniedaz. Proud sangat baca blog u. Susah nak cari orang minat membaca now. Semua salahkan masa. Cikgu jenuh buat kempen membaca kat sekolah tapi susah nak success.

SoalHati said...

ummi...harap ada sambungan lagi hehe..

Ain tak tahulah..matlamat dr skoloh lagi dok pernoh jelas...

banyok kali doh wat test kerjaya...mcm2 minat..tapi yg betul2 minat......urm........ :(

harapan mak nak anak perempuan tunggal dia ni jadi cikgu.

Anonymous said...

anak sendiri pun x tau kisah2 nie kalo x dicerita dlm nie.
huhu..

kueh bakar said...

kadang kita malu nak bercakap..
kadang berat mulut...

tapi kalo pena kita sedikit bebas..
luah dan meluahkan..
cerita dan menceritakan...
itulah pena...

one-areyou said...

wah kb pandai berpuisi. Ya tu semua orang ada sejarah hidup masing masing. Bila dah tua ni dia recall lah balik