Today is Thursday. Cikgu memang tunggu hari ni. Weekend datang lagi. Biasanya hari Khamis ni dua cara je yang cikgu apply. Pertama habiskan petang Khamis dengan jalan-jalan, makan kat luar, jumpa kawan borak-borak and apa apa aktiviti yang release tension. Check in rumah sebelum pukul 6.30 petang OR balik awal and then kemas rumah gila-gila, mendobi segera, tak nak tengok hanyar sebab malam ni malam Jumaat nak beramal lebih sedikit and then tomorrow hari Jumaat cikgu nak relax seharian dengan family, makan beradap especially nasi selera kampung with ikan singgang, budu, and ulam ulaman. Best gile...
Khamis minggu ni. Petang ni cikgu ada apointment dengan kawan lama dari Johor Bahru. Dia telefon nak jumpa kat Mesra Mall, katanya ada hal penting nak share, important sangat. Dah hampir 25 tahun tak jumpa. Ketika tu dia memang baik, cantik dan bergaya. Dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Sempurna. tidak ada masalah sangat. Dia kawin di Sabah dengan pilihan hatinya keturunan Banjar. Dikurniakan 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.
Tentu dia bahagia sekarang...
"Pah, ini Idahlah !!!' Kami berpelukan. Tiba-tiba dia menangis dan tak lepaskan pelukan. Terus menangis, menangis, menangis, menangis....... Cikgu panik. "Relax, mai kita duduk". Cikgu perasan ramai yang memandang. Termasuklah si fuyoo magic tu. Cikgu lama ni sedikit famouslah kat Oil Town ni.... Kena jaga personaliti dan tingkahlaku sikitlah. Idah berbeza sangat. Cengkung dan kurus, raut wajah lebih tua daripada umur sebenar.
"Apa kabo?" cikgu memulakan sapaan. Dalam tangisan masih menjawab 'baik, Pah sihat?' Cikgu tahu kabonya tak baik, mesti dia ada masalah.
Ceritapun bermula... Jeng jeng jeng...
Selepas berkahwin dengan pilihan hatinya, Idah menetap di KK. Setelah tujuh tahun berkahwin, dikurniakan tiga orang anak, dia berpisah dengan suaminya. Katanya bahagianya cuma 3 purnama sahaja. Yang selebihnya dia hidup dalam airmata didera suaminya yang juga merupakan seorang cikgu. Cikgu Kaunseling lagi... Idah sering dipukul dan didera emosi, fizikal dan mental. Macam-macam deralah. Dia tunjuk kesan parut di belakangnya dibelasah suami sendiri. Oleh kerana tinggal di perantauan, Idah banyak merahsiakan peristiwa ini kepada ibubapanya. Selepas berkahwin, cuma balik sekali sahaja menziarahi ibunya di JB. Selebihnya hidup ketakutan dalam penjara suami sendiri ..
Kerana tidak tahan dengan penderaan suami, akhirnya Idah merancang membawa lari anak-anak untuk pulang ke JB secara senyap-senyap. Dia berjaya lakukannya. Setiba di JB barulah dia menuntut fasah di Mahkamah Syariah. Bahgianya tak lama. Dendam tak kesudahan. Idah diserang penyakit misteri, bingung, racun keluar daripada badan, terlantar hampir 3 tahun tapi disahkan oleh doktor sihat dan tidak ada apa-apa penyakit... Hingga hari ni, kalau dia tidak sedar atau tension, dia akan memandu keretanya berseorangan tanpa hala tuju.
Now, dia sudah mula nampak kuat. Hidupnya hanya untuk ketiga anak anaknya. Anak sulung menuntut di UKM dalam jurusan kedoktoran, anak kedua bakal jadi guru, anak bongsunya "ISTIMEWA".. Cikgu rasa kesan deraan.. Malangnya anak pertama dan kedua meletakkan kesalahan pada Idah atas segala yang berlaku. Jarang bertanya khabar. Idah hanya bergantung kepada anak ISTIMEWAnya itu sahaja..
"Habis, hari ni Idah datang dengan sapa? Nak ke mana? Mana anak-anak?" "Idah lari lagi.." Bekas suaminya datang ke semenanjung memujuk, merayu, berjanji, bersumpah untuk kembali semula . Dah bertaubat katanya... Bekas suaminya pun ditimpa sakit misteri sama seperti Idah.
Keluarganya membangkang 100%. Kedua-dua anaknya menyebelahi papanya. Dia minta pandangan Cikgu.....
Masih jadi tanda tanya Cikgu..
- Guru belajar psikologi kemanusiaan
- Doktor pun belajar psikologi kemanusiaan
- Kaunselor for sure seluruh pengajiannya mengkaji psikologi manusia..
Tapi kenapa jadi macam ni. PSIKOLOGI kemanusiaan apa yang dibelajar hingga hilang PERIKEMANUSIAAN...
Wahai kawan-kawan blogger tanpa suara, cuba bantu cikgu ringankan beban CIKGU IDAH..
Hello everyone :)
12 years ago
3 comments:
Wow, Berat kes ni.
Saya cuma nak kongsi pengalaman yang dialami kakak saya sendirilah pasal ni. Harap-harap dapat membantu.
Kakak saya pertama kali didera suami sewaktu anak seorang yakni selepas 3/4 tahun kahwin. Tahun 1995 gitu. Dan dia bercerailah. tapi tak jatuh talak sbb tgh mengandung anak kedua.
lepas bersalin dan belum habis edah, si suami datang merayu, menangis depan semua orang. Depan ma, abah dan anak2 diorang.kakak terima balik.
2 tahun lepas perangai lama suami dia datang balik. habis barang kemas kakak dan anak2 dia jual dan gadaikan. Kerja malas dan asyik berfoya2 shj. kemuncaknya kakak didera lagi. kali ni diorang bercerai dan jatuh talak.
Lepas 3/4 bulan bekas suami datang merayu balik. kakak tak layan. Lps tu suami guna taktik mengugut pulak. kakak pun masih tak layan.
Last-last kakak kahwin lain. (bermadu) Tapi suami baru ni 10x lebih baik drp suami dulu.
Tapi bezanya kes kakak saya ni dengan kawan cikgu tu adalah setiap kali kakak menghadapi masalah kami sekeluarga termasuk ma, abah dan semua adik beradik (10 orang) berdiri teguh di belakang kakak. sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi. sbb dia tinggal dlm daerah dungun jugak. tak jauh dr rumah ma dan abah. anak2 dia pun menyebelahi dia. Sulung form 5 and Form 3, form 1 dan std 4.
Sy rasa kawan cikgu tu perlu mendapatkan sokongan dari keluarga. adik beradik ke, mak bapak ke (kalau masih ada) dan juga sokongan anak2.(mungkin kena dptkan bantuan adik beradik dia utk explain the true situation pd anak2 dia)
Dia kena tahu apa yang dia nak. lps tu dia kena usaha keras utk dptkan apa yg dia nak. dan yg paling penting dptkan sokongan keluarga. lps tu doa dan tawakal pada Allah.
harap dpt membantu.
TQ Mang, semangat yang diberikan.Komen yang paling power dan panjang dlm sejarah saya jadi blogger. Betul tu, dia ni patut recall, TULIS cite apa yang berlaku, perasaan sebenar dia and then tunjuk pada semua orang yang x sokong dia. Cakap aje x jadi penat. Now dia x trust sape-sape dah. Mak ayah dia dah pass away. Adik beradik cuma 3 orang, semua pompuan. 2lh dia datang jumpa saya.. Thanks 4 visiting.
speechless. kesiannye kat kwn umi tu.
Post a Comment