Wednesday, 25 February 2009

I LOVE u

HIGH USAGE OF PLASTICS
DO YOU AGREE THAT PLASTICS ARE USEFUL?
Why is that so? Most of Malaysians will question this but perhaps it is true that plastics are useful. Only if we know how to use plastic wisely.

Recycling Plastics
. Plastics from market can be used again for throwing rubbish.
. Maximize the plastics usage
. Usage of the degradable plastics - can be treated
. Plastics can be recycle and made buisness too!

Minggu ni sekolah tempat aku mengajar mengadakan 'Recycling Competition', dengan kerjasama Ethylene-Polyethylene(M) Sdn. Bhd. Sudah 5 hari kami mengadakan pertandingan ni. SK Kampung Baru Kerteh berjaya mengumpul 2092 kg barang-barang kita semula (hanya dalam kawasan sekolah). memang magic, aku pun tak tahu dan tak sangka sebanyak tu. Hari ni kemuncaknya. Aku hadir mewakili guru besar dalam Majlis penyampaian hadiah dan kemuncak kempen ni. Keputusannya :

Tempat pertama - Tahun 6 Prihatin. (RM 200.00) Mereka ni datang jumpa dan bodek aku. Aku bagi mereka satu bilik stor kertas dan buku-buku kerja lama ilmu hisab dan sains ketika zaman pengantar bahasa melayu dulu. Now tak boleh pakai dah.

Tempat kedua - Tahun 6 Amanah (RM 150.00) Ini memang usaha mereka. Tetapi rupa-rupanya mereka terjumpa 3 kotak buku-buku perpustakaan yang rosak dan akan dibaik pulih dalam slot kursus kepimpinan pengawas pusat sumber sekolah hari ini. Hari ni baru dapat cerita, guru media mengadu buku-buku yang rosak tu hilang. Recyling punya pasal.

Tempat ketiga - Tahun 3 Amanah (RM100.00) Aku dengar cerita cikgu kelas dia angkut dari rumah. Kertas tak banyak. Tapi dia cerdik. Dia bawak besi-besi dari rumahnya. Cinonek je, tapi cukup berat. Kerja pun tak penat.

Di atas usaha kami tu, sekolah kami dihadiahkan 2 set tong sampah kitar semua. Kembang aku hari ini, dijemput untuk terima tong tu dan buat gimik buang sampah. Glamour tau. Ada NST, Berita Harian and Sinar Harian. Aku di interview gila-gila oleh wartawan. Penat sangat. Tapi aku dah selalu kena, interview lebih-lebih, time keluar dalam news adalah berita seukuran gambar paspot. Menipu...

Lepas tu aku diberi rasuah sebagai kenang-kenangan. Biasalah hati kecil menolak, tapi majlis orang terpaksalah gimik juga. Boleh tahan juga rasuah kenang-kenangan tu. Lepas tu kami bergambar ramai-ramai and lunch round table. Kalau tak kerjasama syarikat oil ini mana kami mampu nak semua ni grand2. Inilah satu-satunya kelebihan mereka, suka buat program amal. Nak cover income tax kut..

* Sampah yang dibuang bernilai Rm 1 juta, tetapi apabila dikitar semula akan jadi RM 3 juta. Untung RM 2 juta. Mana pergi duit tu ye. Tu kata salah seorang pegawai MPK dalam Environmental Talknya..
* Gimiknya, dia gumpal kertas tisu dan dia buang, pas tu Rm 50 and then dia buang. Dia kata, sure manusia yang tidak ada kesedaran akan ambil not tu and then ignore kertas tisu. Tapi sebenarnya kertas tisu tu pun dapat menghasilkan duit. (lambat sikitlah and dapat kat orang lain)

I LOVE ALL THIS PROGRAMME....

Wednesday, 18 February 2009

Kemarau kemarau kemarau

Kami sudah bermastautin di sini sejak tahun 1996. Taman perumahan ini adalah taman perumahan paling tua di Oil Town ni. Pada mulanya kami sekeluarga menyewa di sini. Ketika itu dua blok perumahan di sewa oleh Exxon Mobil untuk staffnya. Tapi kini semua rumah-rumah ini sudah dimiliki individu. Aku sempat mengambil dua buah untuk dimiliki.

Ketika melangkah ke sini, doa aku yang pertama supaya aku dianugerahkan jiran-jiran yang baik. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Pada mulanya aku bercadang menetap sementara sahaja di sini. Tetapi kini aku rasa akan menetap terus di sini selagi hayat ada. Aku sayangkan jiran-jiran. Kami hidup seperti saudara. Semuanya baik-baik. Aku tidak bimbang atau gusar jika aku kesempitan di sini, kerana semua jiran sanggup menolong jika diperlukan..

Tidak ada masalah sangat di sini . Black out adalah sekali sekali. Kemarau adalah dua tiga kali. Tu pun setakat 2 atau 3 jam. Tapi kali ini kemaraunya aduh pengalaman, pengalaman, pengalaman.. Kat masjid lepas solat jumaat , pengumuman dibuat bahawa bekalan air akan terputus bermula pukul 9.00 malam hingga 5.00 pagi. Aku takunglah juga air sekadar keperluan satu malam. Keesokan paginya paip kering, mandi air takungan dan air tangkilah jawabnya. Pukul 3.00 aku pulang paip masih kering. Malam lebih kurang pukul 9.00 malam, kami ke sekolah, tempat aku mengajar untuk mandi. Sekolah aku ada 21 buah tandas yang bersih-bersih semuanya. Tak caya marilah melawat sekali..

Keesokan pagi, mandi kat kat sekolah lagi pada pukul 5.00 pagi. Hari ini sehingga malam masih belum ada air. Aku sempat round round tengok tempat paip bocor tu. Katanya proses menggantikan paip sedang berlaku. Paip baru tu sudah dipasang, tapi tak tahu nak kemaskan paip tu. Kontraktornya ada di Kuala Lumpur. Jadi kuli-kulinya tak pandai. Jadi kena tunggu 2 hari lagi baru boleh selesai. Khabar khabar angin mengatakan begitu. Agaknya kuli-kuli tu tak ada latihan kut pasal pasang paip ni. Main cekup aje. Aduh apa nak buat sekarang....

Hari keempat, jiranku telefon. Ketika itu aku sedang mengajar. Katanya, " Cikgu, boleh balik dok kejap, bomba nak datang bagi air." Sampai ke tahap tu ke.. Tentu hari ni lorong tempat aku tinggal ni, gamat and riuh rendahlah melayan kerenah bomba membekalkan air.


Lori Bomba tiba betul-betul depan rumah kami.
Rumah kami adalah keluarga angkat pili bomba tu. Balai Bomba Kemaman yang bagi sijil keluarga angkat tu. Kami dapat hadiah karpet sebidang kerana dapat 'Anugerah Rumah Contoh' perumahan ni.

Kepoh Cikgu Lama membantu jiran-jiran takung air. Jangan tenung yang pakai pelekat tu. Pak Cik Awang memang selalu sexy. hahahaha..



Hanya tu je bekas-bekas yang mampu dikeluarkan. Tulah yang paling besar yang aku ada. Nampak je air tu bersih. Pak Cik Awang kata, "petang ni kita tinggal bubuh gula je, air teh ni dah cukup tua.." Tak tahu dari sungai mana bomba ni ambil air, kuning lebih daripada air teeee.. Nak gosok gigi memang tak sanggup. Tapi kalau untuk "BERSUNGAI". tahan jelah..
Alhamdulillah, ini baru secubit dugaan diberi Allah. Sabar jelah. Tapi seronok juga, petang tu kami semua mengangkut air masuk ke bilik air pulak. Boleh tahan juga penatnya.
Keesokan pagi barulah air beroperasi seperti biasa. Hari ini dalam sejarah.




Friday, 13 February 2009

Tuhan masih sayangkan kami

Jumaat 13 Februari 2009 - hujung minggu, hari jadi Cik Mirah spekmataku. Happy birthday. Sejak aku jadi blogger ni, aku makin rapat dengan kenalan anak-anakku. Seronok juga. Satu pengalaman hidup yang unik dapat dirasa diusia 46 tahun.

Hari ni kami sekeluarga nak ke Bandar MuktafibillahShah bagi mengiringi Kak Nor dan Abang Yo, anak saudara abah ke Majlis Sambut Menantu pada kul 11.00 nanti. Wan pun ikut sama. Tok Ki hantar dia kat Jalan Santong Paka. Tok Ki masih boleh memandu walaupun usianya sudah menjangkau 89 tahun. Tabik ah.. Tapi aku selalu pesan kat Abah supaya berhati-hati. Bimbang sebagai anak tu tetap ada..
Adegan suap menyuap di majlis makan beradap.
Moga Kak Nor & Abang Yo selamat hingga ke akhir hayat.


Kak Nor di Majlis Akad Nikah minggu lepas.

Pasangan pengantin pakai sedondong warna Maroon. One of my favourite kaler. Waktu kami tiba di sana pasangan pengantin tak ready lagi. Katanya Mak Andam Silembut dari Dungun tersilap tarikh. Si Lembut ingatkan esok 14 Februari 2009. Aku nampak muka pengantin dan merah padam dan masam mencuka. Ditambah lagi baju pengantin ada dengan si lembut. Parah.. parah..Mak Pengantin mintak aku makeup kan pengantin. Macam mana nak buat, peralatan tak bawa. Aku cakap biar pukul berapa pun suruh silembut tu datang. Lemahnya pengurusan si lembut ni. Dahlah charge package tu sampai RM 4 +++. Akhirnya nasib baik silembut tu tiba. Abah warning, " Kami dah lambat. Kalau hari biasa buat 1 jam, hari ni kami bagi masa 1/2 jam je. buatlah macam mana pun. " Kepoh.. kepoh.. Kami makan Nasi Arab berlaukkan ayam goreng, dalca, pepedom dan acar. Bolehlah. Majlis simple je tapi meriah juga. Biasalah makan beradap, posing sana sini, suap menyuap. gitu gitulah..

Lebih kurang pukul 12.00 kami bertolak balik. Dalam perjalanan abah sempat bercerita. "Hari ni tiga orang penjenayah warga asing ditembak mati kerana merompak. Ummi ingat dok tempat orang berkumpul ramai-ramai di tengah hutan, masa kita mari tadi. Polis satu trak, anjing pengesan dan orang kampung now dok jejak dua orang penjenayah lagi yang lari masuk hutan ladang kelapa sawit ni". " Eeeeee takutnya, kalaulah tiba-tiba keluar tahan kereta kita, Auji nak buat camna.", mulut ummi celupar. Ummi pun takut juga sebenarnya. Wan pun nampak bimbang.

Tiba-tiba ponggggggg shreckkk shreckkk shreckk..... " Bunyi mede tu", tanya abah. "Tayar pancit kut abah", ummi menjawab. Ya Allah lindungilah kami, bukan tayar pancit tapi pecah terusss. Aku pandang belakang semua nampak gelabah and pucat juga. Masa tu kami berada 1km je dari tempat penjenayah tu ditembak dan polis pengesan masih duk menjejaki yang 2 orang lagi.. Ummi perhati kiri kanan suma hutan dan ladang kelapa sawit. Ini adalah pengalaman pertama kami dengan Avanza CBP 3132.. Relaxxxxx. Semua kena turun...


Tayar kereta Avanza keluarga kami terbelah kat bawah. Dalam ketakutan dan bimbang kami terpaksa usahakan supaya tayar ni dapat diganti dan kami boleh pulang segera.


Tayar dah dibuka, tapi now nak cari jalan nak keluar tayar spare yang kat bawah tu. Alhamdulillah akhirnya Auji yang berjaya jadi Mg Gyver ari ni. Memang Auji anak yang pintar.



Wan Engku Rahmah memang kuat berdoa. Raut wajahnya nampak bimbang, tapi mulutnya kumat kamit berdoA moga dipermudahkan urusan kami. Kasihan Wan digigit kerengga kat situ.



Cuba kamu bayangkan tiba-tiba dua orang penjenayah yang terlepas tu tiba-tiba muncul kat sini dengan parang panjang. Nauzubillah.

Kat sebelah sini memanglah ladang kelapa sawit, tapi sebelah sana hutannya boleh tahan juga.


Jangan salah faham. Ni bukan penjenayah tu, tapi Gie, anak saudara abah dan kawannya datang dari Muktafibillahshah memberi pertolongan. Semua tak sempat solat jumaat ari ni. Darurat kan..


Tak ada perasaan. Ini time aku rehat......


Alhamdulillah, lebih kurang 1jam setengah, kami meneruskan perjalanan ke Dungun. Sebenarnya bukan kami kisah pasal tayar tu, tapi bimbangkan dua orang penjenayah yang terlepas tu. Katakan tiba-tiba muncul and cuba nak beri pertolongan. Lepas tolong dia kerjakan kami. Aduh gerunnya... Tapi terkilan jugalah. Di tanahair tercinta Malaysia, tak ada sebuah kereta pun yang nak stop beri pertolongan or tanya kabar, malah diketawakan kita pulak.....

TQ ALLAH.



Thursday, 12 February 2009

Masih adakah NUR?

Today is Thursday. Cikgu memang tunggu hari ni. Weekend datang lagi. Biasanya hari Khamis ni dua cara je yang cikgu apply. Pertama habiskan petang Khamis dengan jalan-jalan, makan kat luar, jumpa kawan borak-borak and apa apa aktiviti yang release tension. Check in rumah sebelum pukul 6.30 petang OR balik awal and then kemas rumah gila-gila, mendobi segera, tak nak tengok hanyar sebab malam ni malam Jumaat nak beramal lebih sedikit and then tomorrow hari Jumaat cikgu nak relax seharian dengan family, makan beradap especially nasi selera kampung with ikan singgang, budu, and ulam ulaman. Best gile...

Khamis minggu ni. Petang ni cikgu ada apointment dengan kawan lama dari Johor Bahru. Dia telefon nak jumpa kat Mesra Mall, katanya ada hal penting nak share, important sangat. Dah hampir 25 tahun tak jumpa. Ketika tu dia memang baik, cantik dan bergaya. Dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Sempurna. tidak ada masalah sangat. Dia kawin di Sabah dengan pilihan hatinya keturunan Banjar. Dikurniakan 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.
Tentu dia bahagia sekarang...

"Pah, ini Idahlah !!!' Kami berpelukan. Tiba-tiba dia menangis dan tak lepaskan pelukan. Terus menangis, menangis, menangis, menangis....... Cikgu panik. "Relax, mai kita duduk". Cikgu perasan ramai yang memandang. Termasuklah si fuyoo magic tu. Cikgu lama ni sedikit famouslah kat Oil Town ni.... Kena jaga personaliti dan tingkahlaku sikitlah. Idah berbeza sangat. Cengkung dan kurus, raut wajah lebih tua daripada umur sebenar.

"Apa kabo?" cikgu memulakan sapaan. Dalam tangisan masih menjawab 'baik, Pah sihat?' Cikgu tahu kabonya tak baik, mesti dia ada masalah.

Ceritapun bermula... Jeng jeng jeng...

Selepas berkahwin dengan pilihan hatinya, Idah menetap di KK. Setelah tujuh tahun berkahwin, dikurniakan tiga orang anak, dia berpisah dengan suaminya. Katanya bahagianya cuma 3 purnama sahaja. Yang selebihnya dia hidup dalam airmata didera suaminya yang juga merupakan seorang cikgu. Cikgu Kaunseling lagi... Idah sering dipukul dan didera emosi, fizikal dan mental. Macam-macam deralah. Dia tunjuk kesan parut di belakangnya dibelasah suami sendiri. Oleh kerana tinggal di perantauan, Idah banyak merahsiakan peristiwa ini kepada ibubapanya. Selepas berkahwin, cuma balik sekali sahaja menziarahi ibunya di JB. Selebihnya hidup ketakutan dalam penjara suami sendiri ..

Kerana tidak tahan dengan penderaan suami, akhirnya Idah merancang membawa lari anak-anak untuk pulang ke JB secara senyap-senyap. Dia berjaya lakukannya. Setiba di JB barulah dia menuntut fasah di Mahkamah Syariah. Bahgianya tak lama. Dendam tak kesudahan. Idah diserang penyakit misteri, bingung, racun keluar daripada badan, terlantar hampir 3 tahun tapi disahkan oleh doktor sihat dan tidak ada apa-apa penyakit... Hingga hari ni, kalau dia tidak sedar atau tension, dia akan memandu keretanya berseorangan tanpa hala tuju.

Now, dia sudah mula nampak kuat. Hidupnya hanya untuk ketiga anak anaknya. Anak sulung menuntut di UKM dalam jurusan kedoktoran, anak kedua bakal jadi guru, anak bongsunya "ISTIMEWA".. Cikgu rasa kesan deraan.. Malangnya anak pertama dan kedua meletakkan kesalahan pada Idah atas segala yang berlaku. Jarang bertanya khabar. Idah hanya bergantung kepada anak ISTIMEWAnya itu sahaja..

"Habis, hari ni Idah datang dengan sapa? Nak ke mana? Mana anak-anak?" "Idah lari lagi.." Bekas suaminya datang ke semenanjung memujuk, merayu, berjanji, bersumpah untuk kembali semula . Dah bertaubat katanya... Bekas suaminya pun ditimpa sakit misteri sama seperti Idah.
Keluarganya membangkang 100%. Kedua-dua anaknya menyebelahi papanya. Dia minta pandangan Cikgu.....

Masih jadi tanda tanya Cikgu..

- Guru belajar psikologi kemanusiaan
- Doktor pun belajar psikologi kemanusiaan
- Kaunselor for sure seluruh pengajiannya mengkaji psikologi manusia..

Tapi kenapa jadi macam ni. PSIKOLOGI kemanusiaan apa yang dibelajar hingga hilang PERIKEMANUSIAAN...

Wahai kawan-kawan blogger tanpa suara, cuba bantu cikgu ringankan beban CIKGU IDAH..

Tuesday, 3 February 2009

ANTARA ORANG TERSAYANG


ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN ADINDAKU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
HAPPY BIRTHDAY ADINDA BONGSU SHARIFAH ANISAH SYED OTHMAN
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERKATI DAN SENTIASA TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP INI... KAKAK SAYANG KAMU..

Monday, 2 February 2009

GURU - CITA-CITA atau REZEKI

Sejahtera semua.
Tiap-tiap hari aku buka blog, baca-baca and comment-comment. Tapi selalu masa tak meluangkan untuk aku terus menulis. Hari ni nak cuba create idea.
Kenapa aku jadi guru? Memang menjadi cita-cita atau sebab tak ada kerja lain. Sebenarnya memang cita-cita aku nak jadi guru. Aku menjadi guru atas kuasa rezeki yang diberiNya.

Sejak umur 6 tahun aku hidup menumpang dengan saudara mara di semenanjung kerana abah dan ummi merantau mencari rezeki di negeri bawah bayu. Mereka balik 3 tahun sekali. Sedih tau, sebab abah memang cukup mewah tentang makan minum anak-anaknya. Woo perit hidup menumpang ni especially bak makan. Selalu tak cukup, dicatu dan selalu makan lebihan orang-orang. Bila malam selalu perut masuk angin menahan lapar. Takut nak bersuara atau nak makan dulu..

Hidup aku tertekan, memberontak kemudian aku lari duduk asrama. Barulah jiwa rasa tenang sikit. Kali pertama ambik SPM aku dapat gred 3. Masa tu dah power result cam gitu. Ambik pulak kali kedua kat Sekolah Grammar, konon nan baiki sijil, tapi tambah kantoi. Jiwa selalu tak tenang kena kutuk kat sedara mara. Lepas sekolah aku kerja kat Motel Desa Sdn Bhd. sebagai typist selama 6 bulan. Masa tu managernya En Kamaruzaman. Baik. Gaji aku dapat RM100.00 sebulan, tak campur tips lagi. Masa tu aku rasa dah banyak dan seronok..

Lepas tu aku pergi ziarah abah dan ummi kat sana. Kerja pulak sebagai operator kat Luasong Kem. Kat Kem Balak ni aku dapat RM 600.00 sebulan. Lagi mewah. Aku cuba apply maktab perguruan. Masa tu nak apply maktab perguruan kat sana, syarat utama adalah kredit bahasa melayu je. Syarat kedua, borang mesti diisi dengan tulisan tangan. Aku akui tulisan aku memang kemas dan cantik. Ramai orang akui gitu. Dan aku rasa penginterview tu pun tergoda sebab tulisan aku yang macho tu.. Ha ha..

Sebulan lepas tu aku dapat surat tawaran ke Maktab Perguruan Sandakan Sabah, pengkhususan Pengajian Melayu dan perlu lapor diri 3 minggu selepas itu. Alhamdullillah, tercapai sudah cita-cita aku. Mulalah buat persiapan, tempat tiket kterbang and semualah. Seminggu sebelum bertolak aku terima satu lagi surat pembatalan tawaran atas alasan keputusan SPM aku tidak layak /tidak cukup kredit untuk ke maktab perguruan. Aku frust gile. Nangis sungguh-sungguh. Masa tu tak cerdik lagi dan tak pikir panjang. Bagi aku dah hancur semua.

Abah mengamuk juga. Macam-macamlah dia kutuk. Tapi dia beri semangat pergi jugak, sebab kita sudah dapat surat tawaran dan sudah pun mengisi semua borang-borang perjanjian yang susah gile nak diisi tu. Akhirnya dalam takut-takut aku pergi juga lapor diri. Pelik juga sebab nama aku memang tersenarai dalam pendaftaran hari tu. Aku buat tak tahu jelah and tak cite pun pasal surat pembatalan tu. LEMAHNYA PENGURUSAN ORANG DULU-DULU.

Akhirnya pada 01 Disember 1984 aku tamat pengajian dengan mendapat keputusan CEMERLANG. Aku diposting ke SRK Desa Permai, Kinabatangan, Sabah. 7 jam naik bot. Gile ke. Aku tak pergi. Aku lapor diri kat Pejabat Pelajaran Sandakan. Bila Range Rover datang nak bawa kami ke sana, aku sorang yang degil tak nak pergi. Macam-macam aku kena kutuk dan kena ugut bayaran balik seratus ribu kerana melanggar perjanjian. Lantaklah. Selama sebulan aku hadir bertugas kat pejabat tu. Aku buat kerja typist, operator, tukang lap sini sana dan apa-apa jelah yang disuruh. Mula-mula aku dikutuk, akhirnya mereka jatuh hati dengan kerja aku. Aku kemudiannya ditempatkan ke SRJK Sung Siew, Sandakan Sabah. Cuma 1km je dari bandar Sandakan. Lebih kurang 7 tahun kat sekolah tu. Dari situlah aku pandai cakap cina dan paham kalau cina kutuk aku. Alhamdullillah..

1991 aku kembali bertugas di kampung halaman. 1993 aku dianugerahkan Guru Contoh Daerah. 1999 aku dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. 2002 2003 aku dianugerahkan dua tahun berturut-turut perkhidmatan cemerlang lagi. Hebat hebat hebat.. Sejak 1999 aku telah pun dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan Sekolah. 2004 aku dilantik Guru Penolong Kanan Hakiki. 2007 aku ditawarkan jadi Guru Besar kat Sk Kampung Wa Dungun, tapi aku tak pergi... ada reason tersendiri. Hebatkan cikgu lama.. Aku tabik pada KEKUASAAN rezekiNYA.

Aku tak nak sambung belajar, masuk universiti. Nanti senioriti aku hilang. Biarlah anak-anak sambung citacita aku masuk universiti. Nanti aku pinjam topi dan jubah anak-anak bergambar.
Rasanya aku dah bersyukur sangat. Pencen macam ni pun tak apa dah. Ada lebih kurang 11 tahun lagi servis.

Hari ini anak sulungku 'Alyaa mewarisiku. Tapi dia akan jadi 'teacher'. Aku pesan awal-awal dulu, kalau betul betul minat cikgu, terus berusaha ke jurusan tu. Aku cukup menyampah kalau orang sebut tak pe belajar dulu, pas tu kita mintak KPLI. Selepas dapat degree, ambil diploma pendidikan pastu jadi cikgu. Minat tak de, pas tu mulalah saya tak leh buat ni, sya tak suka buat ni. Kat maktab setahun masa buat diploma dulu tak ada pun belajar itu ini. Macam-macam alasan. Ingat jadi cikgu ni boleh sesuka hati ke. Anak aku pun aku tak paksa kalu tak ada minat. Yang nombor dua minat tentera, jadi pegawai penguatkuasa maritim, nombor tiga pun tak minat cikgu, belajar economic. Apa apa pun kena minat dulu.. Tapi yang herannya, ramai maks dan mak mertuas suka kalau anaknya kawin cikgu. Mak anak engineer pesan nak menantu cikgu, Majistret pun nak cari cikgu, Pegawai eksekutif PETRONAS pun nak kawin cikgu, Pegawai Bank pun nak cari cikgu. Ye ke penyataan ni.. Alasan mede. Cikgu kerja separuh hari, senang nak urus rumahtangga. Poo daa mana ada.. Semua cikgu era kini kerja 7 hari seminggu tanpa mengira siang malam. Kerja ikut arahan dan keperluan..

Pesanan semua, jadi cikgu bukan senang. kena Lillahitaala. Kita nak MENDIDIK manusia jadi manusia, bukan nak MENGAJAR manusia jadi manusia. Cikgu adalah segala-galanya. Dialah guru, kerani, tukang sapu, tukang kayu, tukang cat, jurujual, tukang masak, jaga, misi, juruteknik and macam-macamlah. Sebelum nak jadi macam CIKGU LAMA ni, kena jadi suma-suma tu dulu...

Fikir-fikirkan sebelum buat keputusan nak pilih profesion perguruan.

BERSAMA MARTABATKAN PROFESION KEGURUAN. HIDUP CIKGU !!