Friday, 15 May 2009

Aku boleh buat..

Salam sejahtera semua. Maaf dah hampir sebulan aku tak update blog. Bukan disengajakan tapi terpaksa dan otak agak beku sikit nak create idea.

Hari ni Khamis 14 Mei 1009, seperti minggu -minggu sebelumnya aku akan tiba di Kerteh lebih kurang 7.00 petang. Khamis yang ku tunggu-tunggu.. sesungguhnya sangat tidak sabar menunggu hari demi hari.

Rutinku kini dalam seminggu :

Ahad - Selepas pekena secawan kopi radix, 5.00pagi aku bertolak seorang diri ke SK Bari, Merang, Setiu. Solat Subuh kat Masjid Mercang. 7.30 pg insyaalah akan tiba SK Bari. Sempat lagi perhimpunan rasmi pagi. Kadang-kadang tiba lebih awal dari yang dijangka. Ada juga cikgu yang terlewat daripada aku. Lapor diri and mulakan tugas.
Pukul 4.30 petang balik dari pejabat. Tiba di rumah kul 5.00 petang.

Isnin hingga Rabu - 6.00 pagi, bangun . 6.45 pg tiba kat sekolah. Cayalah Guru Besar. Awal oo. Round-round sekolah. Masuk office buat kerja. Meeting sana sini. Pukul 4.30 balik. Pukul 5.00 hingga malam aduh boring gila...Tepon sana, tepon sini, bil melambong, panas telefon aku kerjakan.. Nak keluar sorang diri, macam kera sumbang... Rumah aku nun di tingkat tiga. Hari-hari duk dengar budak-budak asrama puteri SMK Elit Lembah Bidong mengilai, menjerit and yahoo yahoo dengan life mereka. Malam pulak aduh sakit belakang, tidur atas toto.. Nak beli tilam aku malas nak berangkut pulak nanti.. Pukul 9.00 malam dah kat dalam selimut. Tapi tak tidur pun. Tak masak, nasi bungkus je or makan maggi mee sedap. Nasib ada astro, habis cerita aku tengok, habis buku aku baca, and habis kitab aku renung dan kaji. Kadang-kadang sempat juga aku pergi gim kat depan kusza dulu tu, bayar RM 3.00 je.. Tapi tak larat juga, boleh tahan juga jauhnya.

Khamis - Dari malam lagi aku dah tak lena tidur. Baju kotor dah kat dalam beg dan ready kat depan pintu. Aku tak membasuh kat sana. Sanggup bawak balik baju kotor.Pukul 3.30 biasanya aku bertolak balik. Kadang-kadang kerja ke bank aku bawak ke hari khamis or ahad, so that aku boleh keluar awal or tiba lewat. Taklah aku saja-saja turun ke Kuala Terengganu untuk urusan tu semua.. Jimat tenaga, jimat minyak, and aku bolehlah pujuk hati aku ini..

Hari Khamis biasanya jalan jam sangat. Esok kan hari minggu di sini. Aduh mengantuk gile. Kadang-kadang aku berhenti dua tiga kali terlelap kat tepi jalan. Pasang Suria FM, makan jagung or kacang rebus or keropok goreng, tapai goreng, pisang goreng,n minum air kelapa dua gelas plus pakai spek hitam sambil memandu. Klass gitu Guru Besar. Tak kiralah apa orang nak kata, asalkan aku bahagia.. Kat traffic light lagi luas aku nganga makan keropok lekor.. Sedap oo..

Sebagai buah tangan aku biasa beli tembikai. Kat sana 80 sen je sekilo. Kat Kerteh RM1.60 sekilo. Tembikai kat sana fresh and manis sangat. Kadang-kadang orang yang jual tu bagi aku dua tiga potong untuk aku ngangap dalam kereta..

Lebih kurang pukul 6.30 petang biasanya aku tibalah kat Kerteh. Biasalah Abah, dari mula aku bertolak hingga sampai tak putus-putus call and soalan yang sama, "Sampai kat mana doh?" Penat juga nak jawab soalan yang sama. Aku akan singgah rumah Tokki di Dungun untuk ziarah dia sekejap.. Setiba di Kerteh, biasanya Marsya jelah yang melompat riang ria. Abah biasalah berlakon buat jual mahal je. Mat Blur biasalah, tak ada perasaan. Auji aku pun tak faham, cuma aku nampak, 'selamat aku tak payah jaga adik dua hari..' Jadi aku bawak buah tangan untuk Marsya je lah. Sebab dia yang selalu tunjuk riang ria untuk aku. Minggu ni masa aku singgah kat Caltex, ada dia buat promotion ulang tahun. Cabutan bertuah aku dapat sebuah sling beg, dan aku mintak empat biji belon berlainan warna. semua tu untuk Marsya. Jimat sikit minggu ni..

Jumaat and Sabtu - Memang tak ke mana-mana. Kemas sini sana. Masak itu ini. Basuh semua ada. Buat persiapan untuk minggu depan. Dan seboleh-bolehnya aku akan bersama Marsya sebanyak mungkin. Alhamdulillah hingga kini aku nampak Marsya semakin matang dan sudah mula pandai membaca dan mengenal huruf al quran.. Cuma manjanya tu nampak lebih sikit..

Sehingga hari ni, aku masih berasa seronok dengan kehidupan aku.. Thank you Allah kerana memberikan aku ketenangan dan menghadapi semua ini. Tidak lupa juga kepada suami tersayang kerana banyak membantu aku dalam mengurus keluarga. Setiap minggu aku balik baju semua sudah di cuci, dan rumah kemas dan terurus. Tinggal aku touch up sikit-sikit je.. Thank you my dear.. Kalu gini gaya, rasanya bolehlah aku sambung belajar dan menghadiri Kursus Kepengetuaan demi kerjaya ku. Nantilah akan aku fikirkan..

Tu jelah dulu untuk aku share dengan rakan blogger semua. Kalau aku boleh buat, nape orang lain tak nak ikut ke jejak langkahku... Kepada semua rakan blogger GURU dan semua anak-anak yang sedang practicum, hadapilah saat menunggu keputusan posting dengan tenang dan sabar.. Terimalah cabaran posting nanti..

Sempena Mei :
SELAMAT HARI PEKERJA - 01 MEI 2009
SELAMAT HARI IBU - 10 MEI 2009
SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2009

Bye, jumpa lagi..

8 comments:

ima said...

selamat hari guru
moga hidup lebih gembira dan berjaya...

GigiPalsu said...

Selamat Hari Guru
Tak pe di akhir kepayahan biasanya ada kemanisan...

*h k m h z h r* said...

be strong ummi!
we're always here to support u!
:)

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

oo..ari ahad pagi ummi gi sane.. ingatkan sabtu balik doh. hehe mesti guna masa seoptimum mungkin time balik tu kan...

moga ummi terus dan terus berjaya:)

jadi role model pada semua :)

PenMerah said...

Bukan semua orang mampu....
Saya tak mampu lakukan nye....
Suami nak keja kat oversea pun saye tak bagi...
Selamat hari guru utk cikgu lama

kueh bakar said...

selamat hari guru...
rajin cikgu ni..
jadi org besar jgn lupa update blog..
ekekekee

one-areyou said...

hi..kembali jumpa. how's life? hihii

one-areyou said...

demi anak didik..