Sunday 18 January 2009

Cabaran Sulung 2009

Salam sejahtera.

Sudah lama rasanya tak ke udara. Cikgu pasti semua sibuk dengan tugasan awal tahun masing-masing. Rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru pada semua. Tentu usaha-usaha ke arah merealisasikan azam baru sudah bermula. So sorry, kerana hari tu janji dan sambung cerita cuti, tapi masa tak mengizinkan.

Minggu ni dah masuk minggu ketiga sekolah sesi 2009 bermula. Perancangan 2009 sudah pun bermula. Meeting here and there. Rasanya sudah lega sikit. Tapi kali ni nak sambung cerita sikit. Lepas bercuti kat PD ari tu, macam-macam cerita ada yang nak dikongsi.

KEPUTUSAN PMR
Result PMR - anak cikgu nombor lima merupakan salah sorang calon PMR 2009. Resultnya, alhamdullilah, kira oklah tu. Anak cikgu yang sorang ni memang kejayaannya adalah apa yang diperolehi dalam kelas bersama gurunya saje. No homework, no extra work, no no everything.. Bukan dia tak pandai, tapi sikap sambil lewa dan santainya tu.. Cikgu sekolahnya pun akui hal ini. Cikgu memang tak doakan straight As untuknya, tapi selalu doakan semoga anak cikgu ni mendapat keputusan yang baik dan dapat melayakkan dirinya di dalam kumpulan yang terbaik di tingkatan 4 nanti. Dengan resultnya yang ada A dan B saje tu, cikgu rasa doa cikgu dimakbulkan. Alhamdulillah. Rasanya dah didik sama macam anak-anak lain. Dah jadi gitu nak salahkan siapa. Malam keputusan kuar tu, cikgu sempat tengok telatah mereka yang dianggap cemerlang bersorak-sorak berbagai gaya dalam tv. Tak tahu kenapa tetiba rasa terharu, Inikah ukuran kejayaan ari ni. Ke mana pergi mereka yang lain? Adakah yang bersorak tu je ke yang terbaik. Perfectkah mereka sampai masuk tv. Sudah sempurnakah sahsiah dan pekerti mereka. Ke mana pergi mereka yang cuma lulus dan kantoi yang lain... Pengajarannya jangan ada bias dalam mengukur kejayaan. Ramai murid cikgu yang dapat straight As, kantoi masa SPM, dan ada juga yang tak dapat nak bawa diri ketika di universiti. Ramai ibubapa yang dulunya bangga dengan anak-anak terkena sakit jantung melayan kerenah anak yang berbagai ketika di universiti. Nauzubillah..


CERITA SEKOLAH BERASRAMA.
Anak cikgu yang dapat tokoh murid murid tu merupakan murid tunggal sekolahnya dapat sekolah terbaik ni. Katanya dia mendapat ranking tertinggi pengiraan markah ko ko dan akademiknya bagi murid perempuan daerah ni. Tapi nak tahu tak, namanya tetiba hilang dalam list tertinggi di peringkat ..... Orang lain semua dah terima surat, dia belum lagi. Sebagai ibu dan seorang cikgu, mulalah merisik sana sini, cari punca. Katanya, ada kabel besar nak tempat tu.. Hari ini hebat macamana pun cemerlang seseorang tu, KABEL duniawi juga yang terkeatas.. Akhirnya tiga hari sebelum pendaftaran, terimalah surat tawaran tu. Alhamdulillah.. Nak kata seronok tu tak juga, tapi mulalah ke hulu hilir membuat persiapan. Anak cikgu tak sentuh pun surat tu. Malam nak bertolak, barulah dia minta surat nak baca peraturan asrama..

Hari pendaftaran tiba , kul 8.00 pagi dah keluar, singgah makan roti canai jap and jalan. Dalam perjalanan, hening je. cikgu je yang banyak mengajar dan memberi semangat pada anak cikgu. Dia selamba je. Kul 9.30pagi tiba kat sekolah tu. Bangga tengok sekolah yang besar dan cantik, terjaga. Hujan lebat ari tu. 1st, dengar taklimat pas tu bayar yuran RM290.lebih. Terkejut juga tengok dalam kelas banyak tahi burung atas meja murid. Macam tak bersedia je nak sekolah. Masa nak daftar ada orang potong kiu dan kena tolak. Nasib tak jatuh. Tap pelah semua excited nak hantar anak sekolah terpilih. Pas tu ambik barang kat koperasi. Pas tu ke asrama. Cantik dan selesa sangat. Bilik air dan tandas dalam bilik dan selesa. Kalah tandas UIAM. Sebagai ibu, tolong kemas locker, pasang cadar and buatlah apa yang patut. Pas tu round asrama. Prasarana ok, tapi terfikir juga, tak ada hiburan langsung ke sekolah ni. Bilik rehat tak terurus, katanya televisyen rosak. Bilik rehat tak ada paper or indoorgames and so on. Tak ada plug satu pun. Hiasan locker atau kata-kata semangat kosong. Zaman cikgu dok asrama semua ada... Sebelum balik sempat salam dan peluk-peluk. Nampak air mata bertakung dalam kelopak mata anak cikgu. Tapi gayanya masih cergas berbanding orang lain.. Malam tu, miss Auji so much..

18 jam kemudian - Anak cikgu telefon- 'Ummi, Auji nak balik sekolah kat SMK.......

30 jam kemudian - Telefon lagi - ' Ummi, tolonglah Auji nak balik sekolah kat SMK .....

Early morning telefon lagi nak balik with the same reason..

Hari ketiga - Cikgu ke sekolah tu jumpa dia . Anak yang cikgu kagum dengan kecergasan nya menangis gile, macam nak pengsan. Habis ayat dah sembur and baca. Tak lut juga.

Hari keempat - Dipanggil kaunselor. Kaunselor cakap dia tak pernah jumpa budak yang berani bersuara begini. Tak taulah apa yang dia cakap. Kaunselor sarankan bawa pulang untk tempoh bertenang selama empat hari.

Hari kelima - Cikgu slowtalk, and dia cite semuanya tentang kehidupannya selama empat hari di asrama. Sebagai ibu memang sedih sangat melihat keadaannya. Cikgu buat keputusan untuk pindahkan dia, walaupun semua kecewa dan nasihat buat tak tahu je.

Now dia happy sangat dan cikgu sebagai ibu seronok tengok keceriaannya, belajar cakap Arab setiap hari, and berkepit dengan Marsya. Baginya MARSYA adalah segala baginya..



Pengajarannya : Belajar gile-gile itu memang menjurus kepada Straight As dan cemerlang. Sekolah bangga, ibubapa bangga, dunia bangga. Tapi cukupkah hanya dengan keputusan cemerlang, tanpa mengira rehat, riadah jiwa, ketenangan dan membesar secara normal. Cikgu lebih suka anak-anak belajar, membesar, berjaya, bekerjaya dan mempunyai keluarga yang penuh kasih sayang. Bukannya, belajar, membesar dan kerjaya tinggi, kemudian bangga tetapi tidak dapat mengurus kehidupan dengan baik. Semua sekolah sama je, yang penting kesedaran individu murid tu sendiri yang menentukan kecemerlangannya..



Sebagai ibu hati halus berkata cukup kecewa. Persediaan perbelanjaan mencecah empat angka. Tetapi dipujuk, tentu ada hikmahnya. Cikgu kini boleh melihat anak membesar di depan mata...



KISAH PRA SEKOLAH.
Wan Ayuni Marsya, anak bongsu cikgu. Lahir pada 25 November 2004. Kerajaan kata usianya 5 tahun. Tapi pada hakikatnya baru 4 tahun 1bulan setengah. Dalam dok kecoh cite anak dok asrama, Cikgu dok berperang dengan sikecik ni. Dia diterima masuk ke Pra Sekolah tempat cikgu mengajar. Hari pertama pakai gaun cantik sebab uniform pra belum siap..

Hari pertama - Tak boleh tinggal. Kul 10.00 pg, pujuk pun tak jadi, jadi cikgu curi-curi dan tinggalkan dia. Kecoh satu sekolah, dia goncang grill macam nak tercabut. Pekerja sekolah lari turun nak selamatkan grill yang dikatakan tercabut digoncang Marsya. Masuk hari kedua, ketiga dan keempat, nangis teruk lagi. Minggu ni dah ok, walaupun meragam dah makan dipujuk. Cuma alhamdulillah, di usia ini dia sudah pun mengenal huruf, baca dua sukukata dan boleh mengeja namanya MARSYA. Cikgu pra sekolahnya tak bimbang sangat...

Coretan Cikgu kali berakhir di sini. Bukan senang nak membesarkan anak-anak. Enam orang anak yang dikurniakanNya, enam ragam yang dirasai. Bagi cikgu, semua anak-anak yang dianugerahNya sangat hebat dan masing-masing mempunyai kehebatannya tersendiri yang tidak ada pada orang lain.

6 comments:

SoalHati said...

ya Allah...
tak tahu nak kata apa bila baca coretan ummi kali ni...
kejap ain tergalak, kejap ain bergenang gak air mata.. kejap rasa tersentuh sangat....

hmm..especially part auji nak masuk asrama tu..terkenang masa mak abah hantar masuk sheikh malek dulu... nak nangis giler2, tapi ain jenis pendam..bila mk abah berlalu, terus nangis dalam toilet..
ada skali mak datang ngan sedara semua, lepas je dorang balik, terus nangis tepi longkang...

betapa rasa tak boleh nak stay asrama........ n paling teruk sebab homesick, culture shock. semua ada..huhuhuhu...

bila alyaa masuk, baru rasa kuat sket..baru rasa ada gak yang 'senasib dengan aku' hehehe....

3bulan di asrama baru lah tak nangis dah setiap kali call mak... :)

semoga anak2 ummi semua berjaya dilapangan masing2, dengan cara masing2.... setiap insan berbeza dan punyai kelebihan tersendiri..

semoga ummi KUAT SOKMO!

one-areyou said...

Tulah kak ain kisah ummi. Banyak agi nak share. Kelakar ada, sedih ada, bangga ada and macam-macam ada. Cuma ummi bleh cakap ari ni ummi ada tempat untuk share problem and stress. My Blog 'AKU CIKGU LAMA.. Support ummi eh..

SoalHati said...

inshaAllah... :)

indah-chan said...

cerita yang begitu tulus..

saya tersentuh..

kueh bakar said...

doakan yang baik2 utk mereka ye cikgu...

Anonymous said...

seo大師e王國幫您的網站輕鬆在您的行業裡站上第一頁,e王國的關鍵字行銷是您的好幫手,包括關鍵字自然排序、都能讓您獲得完美的效果,以目前的網路行銷不外乎是關鍵字自然排序為主、而關鍵字行銷seo又是e王國的強項也包括關鍵字廣告的服務,讓e王國幫您征服網海。

Weekfun星期樂優質生活平台-各式美食,精品,住宿,夜店,批發資訊,讓您不用出門也能盡知天下事,好的行銷帶你進墳場,好的行銷讓您上戰場,Weekfun星期樂"激動"行銷團隊將提供您前所未有的網路行銷,seo,關鍵字行銷,關鍵字廣告,關鍵字,自然排序,部落格行銷,等多項網路行銷類型供您挑選適合自已店裡的好行銷,網路爆紅不是夢!!