Thursday, 11 October 2012

Naik Pangkat.. Peluang atau rezeki

Salam Kembali Mengasah Minda.

Ada orang bekerja mengejar Gred.. Ada orang bekerja mengejar pangkat.. Ada orang bekerja nak duit kejar mata gaji. Apapun itu semua kepuasan masing-masing. Pilihlah yang mana pun yang penting tugas yang diikrarkan terlaksana dengan seikhlasnya..

Era 80an.. postingku sebagai guru. Bersyukur ke hadrat Allah kerana aku dianugerahkan satu tugas mulia menjadi guru.Diberi apa saja tugas, aku buat sehabis baik. Kata seniorku, pengalaman 10 tahun bekerja, baru kematangan bermula.

Era 90an.. kembali bertugas di kampung halaman. Pengalaman di Sabah banyak mengajar aku tentang pengorbanan sebagai pendidik. Berbanding di semenanjung yang aku rasa sangat kelainannya. Meskipun sudah hampir 10 tahun tapi masih dianggap junior, sebab baru berpindah balik. Mereka kata aku gila kerja. Suka kerja lebih-lebih. "Nak tunjuk kat sape?"

Prestasi? Sejak posting, sekali je aku dapat 86%, selepas itu markah aku kemas 95% ke 97%.. Ketua aku menilai..Aku memang berusaha untuk menjaga prestasi aku. Jadi jangan orang kata aku bodek atau nak menunjuk.. Di Sabah aku tak pernah merasa tekanan ni. Aku suka kerja luar, timba pengalaman..Aku ke JPN minta dihantar kursus-kursus dan seminar. Alhamdulillah aku selalu diberi peluang. Aku kumpul sijil banyak-banyak. Bila renung sijil sijil tu, aku akan rasa lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk bekerja.

Era 2000.. Aku dilantik sebagai Guru penolong kanan lantikan sekolah. Ketua aku nilai dan melantik aku. Semua pengalaman GPK 1, 2, 3 aku rasa pahit maungnya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh...Nak sambung belajar, anak-anak kecil lagi.. tanggunggan banyak, nanti makan minum anak kena catu.Cita-cita tinggi, tapi tidak ada sokongan dan semangat.. Tengok je orang belajar kelip pah, kelip pah.. Aku berserah kepada Allah.

Aku hormat ketua sekolah, biar pun ada macam-macam gaya kepimpinan. Kalau jadi orang bawahan wajib hormat ketua. Kalau tak boleh hormat ketua, duduk rumah dan tak payah kerja.Aku kejar apa ye? Pangkat, gaji, gred, bisp, tukar opsyen, timba pengalaman dengan kursus, jadi JU..

Anak kecilku cakap, besok bila besar nak jadi guru besar. Aku cakap, nak jadi guru senang, nak jadi guru besar susah.. KESUNGGUHAN, KEIKHLASAN KERJA dan REZEKI ALLAH TAALA je yang boleh menolong. Aku menyampah, " Aku tak mahu jadi guru besar, sakit kepala, bodohlah sape yang terima jawatan tu". "Wei, jangan cakap besarlah.. Kau rasa kau sudah cukup matang ke nak jadi Kepala Guru.. Lestarikan KKKR, yang aku sebut kat atas tu.. Baru layak jadi guru besar.. Sombong!!!

"Siapa nak beli jawatan PK aku, ambillah, aku tak hairan. Kerja bodoh ni!!! cakap apa ni !! Tak ada integriti. Gred aku DG 41. Aku tidak akan hormat GB aku yang cuma ada DG 34.

Wahai kawan kawan rakan pendidik, mari kita sama sama muhasabah diri.. biar dijawatan mana sekali pun kita berada, kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab masing masing.  Pikullah amanah yang telah dipertanggungjawabkan.  Lidah tidak bertulang..usah sombong bermain kata, kelak makan diri sendiri. Bersyukurlah kerana anda terpilih untuk menjadi GURU..Wallahuallam.

4 comments:

Saiful Nizam Ashari said...

Takde butang "LIKE" ... so saya letak "DOUBLE-LIKE" ..

fatmasha said...

Tahniah cikgu...dlm usia 47 tahun udah jd gb...rezeki,peluang n kesungguhan...so jd lah pemimpin yg disegani..baik tetapi tegas...

one-areyou said...

sir..dilema guru..semangat marah marah sayang..haha

one-areyou said...

insyaallah..