Friday 4 September 2009

Busy kah aku..

Salam kembali bertemu semula.
Salam Merdeka dan Salam ramadhan rakan blogger semua.
Busykah Aku? Busy Apa?

Busy Kerja?
Tak jugak. Semua orang pun bekerja. Ramai orang jadi cikgu, ramai juga jadi Guru Besar. Tapi aku rasa aku taklah busy sangat. Dapat aku rasakan ketenangan kerjaya, semenjak aku menerima post ini. Aku punya banyak masa untuk diri , keluarga dan masyarakat.

Busy Bawak Kereta?
Aku rasa ini betul. Umurku dah hampir 50. Setiap pagi Ahad pukul 4 aku sudah bangun. Pukul 5.00 pagi bertolak ke tempat bertugas. Apa jadi pun aku mesti pastikan aku tiba di pejabat ku sebelum pukul 7.30 pagi. Memandu sejauh 200km bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan oleh seorang wanita seusia aku.

Hari Selasa biasanya aku akan balik dan memandu sejauh lebih kurang 200 km lagi. Hari Khamis aku akan melakukan rutin yang sama. Dalam pengiraan aku, aku memandu hampir 800 km setiap minggu. Kadang-kdang mencecah hampir 1000km. Mungkin sesetengah orang menganggap ini perkara remeh. Tapi bagi aku ia luar biasa, kerana aku mengubah rutin kehidupan aku secara tetiba..

Apapun, aku jarang merasa letih. Mungkin kerana rasa tanggungjawab terhadap kerja, rindu kepada keluarga, dan merasa kebodohan untuk berada dalam keadaan terlalu relax selepas waktu pejabat. Kekadang, terasa juga terharu dan sebak, tetapi air mata tak pernah keluar lagi. Satu hari aku yakin air mata pengorbanan ku akan mengalir juga..

Apa-apa pun semuanya adalah ketentuan. Aku redha..

11 comments:

saveme_zero said...

rindu kat cikgu saya...tak tahu dia kat mane skrg ni.

HASNAH said...

Selamat Berpuasa dan salam merdeka jugak but cikgu...semangat gitu..lama betul tak update blog...windu jugak...

Unknown said...

salam cikgu
jauh tue drive cikgu...kalo saya pun xmampu...penat

Ayasu Kuro-Obi said...

Sibuk le tuuuuu.... Saya dan Ji pun sibuk gok ni bulan puasa keluar arahan balik dari jabak kul 3.30pm ...sibuk gila nak gi pasar...nak ngaji sikit2 lagi... nak tido sikit2 lagi... lepas kelas tkd terpaksa la saya arah cuti sebulan ni sbb sibuk sgt nak buat kuih takut tak dan... hari ni jumaat saya lagi sibuk nak gi masjid kekgi, sementara tu sibuk cari download upin & ipin convert nak tgk dgn anak2... huhuhu...

Sebenarnya dekat nak raya ni dan lepas raya kami akan rehat banyak sikit dengan kerja cam biasa kat pejabat lps tu kelas center tkd buka balik n mebe nak memindah rumah...nyaman...

Anonymous said...

salam cikgu..
semangat seorang guru..
tanpa mengira jarak atau umur masih tetap utuh mendidik anak2 menjadi insan berguna..
selamat berpuasa dari dak sekola

SoalHati said...

go go ummi!

p/s: kalau nak menangis, menangis puas2 umi..jgn dipendam sgt..baru lega sikit nanti

Ayasu Kuro-Obi said...

Saya rasa cikgu akan balik semula ke daerah kemaman...sabar je dulu...

Anonymous said...

tabah ummi! :)

Abdul Rahman said...

semangat semangat. baguslah gitu cikgu.

Setiap benda yg kita dpt tu ada pengorbanan yang harus dibuat.

one-areyou said...

TQ semua semua. Alhamdulillah dan dapat surat tranfer ari ni. SK Kemasek -16 September lapor diriiiiiiiii..

dee said...

Ini Blog Pertama CikGu ya.. Nice:) I really enjoyed here... so much history n memory