Sunday, 12 April 2009

Tugas Baru, Tanggungjawab Baru?

Pada tanggal 2 April 2009, sehari selepas hari ulang tahun suami tercinta, ketika aku sedang tekun bermesyuarat pembinaan kurikulum Pendidikan Moral Asli/Penan, aku menerima panggilan telefon dari JPN Terengganu, mengarahkan aku hadir ke sana pada Ahad 5 April 2009..


Secara rasminya aku menerima SURAT TAWARAN KENAIKAN PANGKAT di PPD Kemaman..


Pada 06 April 209, aku mula melapor diri di JPN Terengganu, kemudian PPD Setiu, dan pada hari yang sama ke SK Bari, Merang, Setiu, Terengganu.. Pemimpin premis ini....


sebagai......


mimpikah aku.. Ini pejabat baruku... Pejabat Guru Besar SK Bari, Merang, Setiu..

Hiasan dinding yang ditinggalkan. Mungkinkah akan ada

perubahan.....


Tanggungjawab yang lebih berat dan mencabar..

Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah... Berilah aku kekuatan untuk memulakan tugas aku di sini.....


Penginapan baruku..

Kuarters Guru SMK Elit Lembah Bidong...


To be continued.......

Keperihatinan - Kau sebahagian dalam hidup ini..

Tajuk : Mesyuarat Pembinaan Modul Kurikulum Kelas Asli dan Penan(KAP)
Pendidikan Moral Tahap 2
Anjuran : Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bertempat : Duta Village Beach Resort
Pada : 31 March hingga 3 April 2009

Cikgu telah terpilih oleh pihak penganjur bagi menyertai pembinaan kurikulum ini. Cikgu terpilih berdasarkan kriteria pencalonan oleh JPN Terengganu dan kepakaran sebagai Jurulatih Utama Pendidikan Moral di peringkat Negeri Terengganu selama lebih kurang 4 tahun. Cikgu juga pernah terlibat dengan Unit Kawalan Mutu Buku Teks Pendidikan Moral bagi sekolah rendah anjuran Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia 2 tahun lepas. Cikgu pencen sekejap apabila kehadiran MARSYA. Now rasa nak aktifkan semula penglibatan di peringkat kebangsaan. Apabila dipilih terasa bersyukur sangat, apabila terbaca Kurikulum Orang Asli dan Penan..

Ini Tok Batin dan isteri. Beliau adalah merupakan salah seorang AJK PIBG sekolah tersebut..

Cikgu bersama Penyelaras Projek Khas ini, Tuan Hj Abdul Razak bin Hj Abu Bakar, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembut, tapi tegas.. Sama kan gaya kami senyum..

Rakan sekumpulan Pn Sabariah Mat Amin dari SK Kampung Tengah, Temerloh, Pahang dan Pn Dasimah bt Daud dari SK Clifford, Jalan Pekeliling, Kuala Lipis. Yang ni jiran kepada penyanyi no satu negara Siti Nurhaliza.

Yang ni namanya En Mahat bin Mohamed Amin dari SJKC Yu Ming, Pekan Nanas,Johor. Juga merupakan seorang jurufoto yang hebat. Fasih berbahasa Cina+Bugis. Sebiji Ah Ma Hat kan.. Berminat layarilah http://shrulfotostudio.blogspot.com

Cikgu bersama rakan orang asli dari Pahang, keturunan Jakun. Dari kiri Suriati, cikgu, Nong, guru sesekolah Nong dan Dasimah. Seronok dapat berkenalan dengan mereka..

Yang berkaca mata tu namanya Mohd Pahlawi bin Bachok@Ahmad. Dia ni dari SJK(T), Jalan Tajul, Kota Tinggi Johor. Juga hebat. Bisa bercakap Tamil+Bugis. Rupanya pun dah menurun macam muridnya.. Nice jumpa both of you..

To be continued... Cikgu lama and the geng may be ke Sarawak Mei nanti bagi mengenali lebih dekat masyarakat Penan di sana. Insyaalah..