Friday, 4 September 2009

Busy kah aku..

Salam kembali bertemu semula.
Salam Merdeka dan Salam ramadhan rakan blogger semua.
Busykah Aku? Busy Apa?

Busy Kerja?
Tak jugak. Semua orang pun bekerja. Ramai orang jadi cikgu, ramai juga jadi Guru Besar. Tapi aku rasa aku taklah busy sangat. Dapat aku rasakan ketenangan kerjaya, semenjak aku menerima post ini. Aku punya banyak masa untuk diri , keluarga dan masyarakat.

Busy Bawak Kereta?
Aku rasa ini betul. Umurku dah hampir 50. Setiap pagi Ahad pukul 4 aku sudah bangun. Pukul 5.00 pagi bertolak ke tempat bertugas. Apa jadi pun aku mesti pastikan aku tiba di pejabat ku sebelum pukul 7.30 pagi. Memandu sejauh 200km bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan oleh seorang wanita seusia aku.

Hari Selasa biasanya aku akan balik dan memandu sejauh lebih kurang 200 km lagi. Hari Khamis aku akan melakukan rutin yang sama. Dalam pengiraan aku, aku memandu hampir 800 km setiap minggu. Kadang-kdang mencecah hampir 1000km. Mungkin sesetengah orang menganggap ini perkara remeh. Tapi bagi aku ia luar biasa, kerana aku mengubah rutin kehidupan aku secara tetiba..

Apapun, aku jarang merasa letih. Mungkin kerana rasa tanggungjawab terhadap kerja, rindu kepada keluarga, dan merasa kebodohan untuk berada dalam keadaan terlalu relax selepas waktu pejabat. Kekadang, terasa juga terharu dan sebak, tetapi air mata tak pernah keluar lagi. Satu hari aku yakin air mata pengorbanan ku akan mengalir juga..

Apa-apa pun semuanya adalah ketentuan. Aku redha..